29 July 2014

'Pengkhianat' Porak-Perandakan PAS







PETALING JAYA: Pembocoran maklumat sulit berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada Pakatan Rakyat disifatkan sebagai perbuatan khianat di saat banyak pihak meramalkan perpecahan bakal berlaku dalam pakatan pembangkang selepas Aidilfitri.

Kesal dengan kebocoran maklumat rahsia berkenaan, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat, Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, tindakan individu yang menjadi dalang dalam parti itu jelas dibuat dengan niat jahat.

Penjelasan Nik Abduh berhubung kebocoran perbualan AJK PAS Pusat mengenai kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat.

Jelas beliau, paparan skrin aplikasi WhatsApp yang seolah-olah menggambarkan seorang AJK PAS Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki sebagai penggerak disebalik cadangan berkenaan diambil dalam konteks yang tidak menyeluruh.

"Itu pengkhianatan terbesar dalam PAS Pusat. Print screen perbincangan yang paling sulit dah rahsia.daripada Pakatan Rakyat.


Paparan skrin perbincangan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum.

Akuinya, senario kemungkinan PAS bertekad untuk kembali bergerak tanpa sokongan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP dibincangkan secara terpeinci oleh Jawatankuasa PAS Pusat.


Dedah Mohd Zuhdi, cadangan supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat mula diusulkan oleh seorang pemimpin kanan mereka yang tidak dinamakan.

Katanya lagi, cadangan berkenaan turut disokong oleh tidak kurang 10  AJK PAS Pusat yang dikatakan 'rapat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim'.

Pendedahan ini merupakan penjelasan Mohd Zuhdi mengenai dakwaan bahawa beliau merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam merangka strategi PAS di Selangor khususnya membabitkan krisis Menteri Besar negeri itu.

Menerusi mesej itu, Mohd Zuhdi turut mencadangkan supaya PAS bergabung dengan Umno.

Mohd Zuhdi yang secara tidak langsung mengakui kesahihan paparan skrin itu bagaimanapun menafikan beliau termasuk dalam senarai pimpinan PAS yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Ia (maklumat bocor) dilakukan untuk memalitkan nama saya dengan gerakan membawa PAS keluar daripada Pakatan Rakyat, setelah saya melakukan beberapa kritikan keras ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Sebenarnya maklumat perbincangan yang dibocorkan itu adalah respon saya kepada permintaan ahli-ahli perbincangan supaya mengemukakan analisis senario  tentang cadangan seorang pimpinan kanan PAS yang mengusulkan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat," katanya menerusi kenyataan pada Isnin.

Tambah Mohd Zuhdi, mesejnya dalam aplikasi itu hanyalah imaginasi beliau mengenai senario jika PAS benar-benar mahu meninggalkan Pakatan Rakyat.

"Disebabkan permintaan tersebut (buat analisis senario) saya pun mula melakukan analisis ringkas dengan meramalkan senario yang akan berlaku jika PAS keluar PR.

"Untuk melakukan analisis senario ini, selain daripada memerlukan fakta-fakta semasa, daya imaginasi penganalisis juga harus diambil kira," katanya.

Dedah Mohd Marzuki lagi, kumpulan yang menyokong supaya PAS meninggalkan Pakatan Rakyat itu turut mengusulkan supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos ini memberi fokus kepada isu masa depan parti.

"Mereka menyambut usul keluar Pakatan Rakyat yang dicadangkan itu dengan ada yang menambah supaya mesyuarat PAS Pusat pada 10 Ogos akan datang hendaklah mendahulukan perbincangan usul ini daripada membincangkan kemelut isu Menteri Besar Selangor.

"Terdapat juga yang menyarankan, PAS lebih baik bersendirian supaya ahli-ahli PAS lebih bebas mengkritik dan mencegah kemungkaran sebagaimana ketegasan PAS yang dikenali sebelum ini," katanya.

3 comments:

Anonymous said...

kepala atok dia perbincangan sulit...pengkhianat sebenar yg banyak jual ayat quran dengan ayaq liuk

bunbinban said...

ni senario apa ni...siap ayat2 mcm org xder adab islam. Nak jentik la, nak sergah la...hahaha...jgn buat lawak la bro...muktahir ni UMNO boleh terima Khalid sebagai MB...alooooo....lu baru bangun tido ke bro...caye mentah2 kat UMNo...hahaha...bangang ke ape. Gua sokong Khalid kekal sebagai MB tapi dlm keadaan skang nih, biar la dia berundur demi kepentingan rakyat Selangor. Baut ustaz2 dlm PAS...lu org buang serban la..lu x layak pakai serban sbb lu org hanya pergunakan serban utk cari makan...PERIOD!.

Anonymous said...

Aku sokong pas.....dah bagi jawatan mb kat pkr....jaga le elok2...utamakan rakyat dulu....aku dah muak perangai bekas2 ahli karat biru ni.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive