29 July 2014

Jangan nilai perbualan peribadi kami, kata AJK PAS Pusat

Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014.
Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal. – Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Julai, 2014. 
Ahli Jawatankuasa (AJK) PAS Pusat Dr Dzulkefly Ahmad meminta akar umbi, termasuk pemimpin Pakatan Rakyat tidak menganggap serong perbualan peribadi antara kumpulannya dalam mesej 'WhatsApp' yang dibocorkan dan tersebar luas dalam media sosial.
Dzulkefly berkata, pendapat Pengarah Pusat Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat Dr Mohd Zuhdi Marzuki yang mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan Rakyat (PR) itu merupakan suatu pandangan peribadi dan bersifat tidak formal.
Katanya, tidak adil jika menuding jari dan menyuruh AJK PAS Pusat bertanggungjawab kerana menimbulkan kontroversi PAS mahu keluar Pakatan.
"PAS sebagai sebuah parti politik lslam yang berjiwa besar meraikan perbezaan pandangan, tidak boleh dipertanggungjawabkan terhadap sebarang kenyataan serta analisis peribadi ahli-ahlinya seandainya menimbulkan kontroversi dan kegusaran umum.
"Secara tegasnya, olahan perancangan senario Zuhdi tidak mewakili pendirian PAS dan tidak pula mewakili dapatan Pusat Penyelidikan PAS (PPP)," katanya.
Sebelum ini, Pengarah Strategi PKR Mohd Rafizi Ramli berkata kenyataan Zuhdi yang mahu mempertimbangkan supaya PAS keluar Pakatan tidak boleh diterima dan mengkhianati PKR dan DAP.
Katanya, cadangan Zuhdi itu melanggar pelbagai dasar, ketetapan dan perjanjian yang dibuat oleh PAS dalam Pakatan, termasuk Buku Jingga.
Perbezaan pendapat memang dibenarkan di dalam mana-mana organisasi, tetapi pandangan Zuhdi itu ada unsur khianat kepada prinsip Pakatan, "walaupun PAS mendapat laba besar dari kebersamaan di dalam Pakatan," kata Rafizi. – 29 Julai, 2014.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-nilai-perbualan-peribadi-kami-kata-ajk-pas-pusat#sthash.CHIxUaYL.dpuf

1 comment:

Anonymous said...

Dey Macha.setiap PRBUATAN YG DILAKUKAN BERPUNCA DARI NIAT DIHATI.ITULAH YG KAMI NILAIKAN.KORANG KAN BAB TASAUF KAN TERROR.JGN NAK PUTAR BELIT KENYATAAN MACHA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive