24 July 2014

Tidak akan ambil tindakan terhadap kenderaan cermin gelap - Timb Menteri

 | July 24, 2014
Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap.
Tinted-650x482PETALING JAYA: Tiada tindakan akan diambil terhadap pengguna kenderaan bercermin gelap selagi pihak Kementerian Pengangkutan belum membuat keputusan rasmi mengenai perubahan peraturan itu.
Menurut  Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi, keputusan mengenai peraturan baru penggunaan cermin gelap masih dalam pemerhatian Menteri Pengangkutan sendiri iaitu Datuk Seri Liow Tiong Lai.
“Ia akan diumumkan pada satu tarikh dan masa yang belum dapat dipastikan.
“Oleh yang demikian, semua sekatan jalan raya yang diadakan di seluruh negara sempena sambutan Aidilfitri minggu hadapan tidak akan memfokuskan kepada kesalahan cermin gelap,” katanya.
Abdul Aziz turut menjelaskan, selepas bengkel kajian semula mengenai peraturan penggunaan cermin gelap bagi kenderaan pada 3 Jun lalu, satu cadangan perubahan terhadap peraturan itu telah dikemukakan kepada menteri namun ianya masih diperhalusi.
“Ia perlu mengambil kira keputusan yang sudah diputuskan bersama oleh semua pihak. Sebarang penguatkuasaan terhadap penggunaan cermin gelap ditangguhkan sementara menunggu pengumuman menteri.
“Jika ada sekatan jalan raya, pemeriksaan membabitkan perkara lain, bukan cermin gelap,” jelasnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive