02 August 2014

Isu MB: Anwar Akui Punca Pakatan Berbalah

Anwar Ibrahim.
)
PETALING JAYA: Keghairahan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk melantik Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu diakui menjadi punca perbalahan antara tiga sekutu Pakatan Rakyat (PR).

Mengakui perkembangan tersebut, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagaimanapun berkata, ketiga-tiga komponen PR iaitu PKR-PAS-DAP tetap berikrar untuk mengukuhkan kerjasama politik antara mereka.

"Pakatan Rakyat bertegas bahawa kami beriltizam meneruskan perjuangan ini dengan mengukuhkan persefahaman dan setiakawan koalisi politik dalam kerangka Dasar-Dasar Bersama kami.

"Kami juga komited untuk mendepani isu-isu berbangkit mutakhir ini secara kolektif, berani, berprinsip dengan berteraskan nilai-nilai sejagat yang dikongsi bersama, demi memenuhi amanah dan menggalas tanggungjawab yang telah diberikan Rakyat," katanya pada Sabtu.

Beliau berkata demikian menerusi kenyataan bersama dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Ahli Parlimen DAP, Lim Kit Siang.

Sejak akhir-akhir ini isu kepimpinan di Selangor membabitkan komplot menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar mencetuskan perbalahan terbuka antara sekutu PR.

Lebih mengeruhkan keadaan apabila Abdul Hadi secara terbuka menolak cadangan untuk melantik Dr Wan Azizah bagi menggantikan Abdul Khalid.

Kenyataan Abdul Hadi itu disokong oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat apabila turut mempersoalkan motif utama PKR melakukan perubahan kepimpinan di Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive