30 August 2014

'Jangan Manipulasikan Kenyataan Saya' - Raisyyah Rania



Raisyyah kesal ada pihak memanipulasikan kenyataannya di status Facebook miliknya.

PETALING JAYA: Model muaalaf yang kini menggunakan nama Raisyyah Rania bertegas mana-mana pihak termasuklah media yang ingin mengambil kenyataan menerusi status yang ditulis di Facebook miliknya agar tidak memanipulasikan maksud yang disampaikan itu.

Raisyyah atau lebih dikenali sebagai Felixia Yeap, 27, berkata, terdapat media sering memanipulasikan kenyataannya termasuklah sebuah akhbar telah memetik statusnya dengan laporan salah mengenai isu pasangan model berpakaian pengantin separuh bogel di Ipoh, Perak baru-baru ini.

"Saya terkejut sebab berita itu dipaparkan tanpa pengetahuan saya dan tajuk yang diberi itu agak kasar, kedengaran seperti angkuh.


"Walhal, saya tidak pernah berniat untuk marah sesiapa pun. Saya hanya ikhlas menyeru orang ramai untuk berpakaian lebih sopan di tempat awam dan jika perlu berpakaian sedemikian atas sebab kerja (seperti model tersebut) maka ia sepatutnya dilakukan di tempat yang tertutup.

"Diharap setiap kenyataan saya di Facebook tidak lagi dimanipulasikan," katanya kepadamStar Online yang dihubungi menerusi aplikasi Whatsapp pada Jumaat.



Rabu lalu, Raisyyah telah menyelar sebuah akhbar di Instagram miliknya  apabila tajuk berita yang digunakan iaitu 'Tolonglah jaga maruah!" seolah-olah menunjukkan dia begitu angkuh bercakap perihal menutup aurat.

Dia juga mendakwa kenyataannya telah dimanipulasikan.

Sementara itu, Raisyyah juga berharap agar mana-mana pihak tidak keliru lagi dengan kerjayanya di mana dia sebenarnya masih seorang model, bukan bekas model seperti yang ditulis itu.

"Ramai yang menganggap saya sudah bersara daripada kerja-kerja peragaan sedangkan saya masih seorang model cuma bezanya saya kini model dengan pakaian yang menutup aurat sahaja.

"Sebagai seorang model, kita akan dilihat orang ramai, maka saya juga berharap model juga dapat menjadi contoh yang baik kepada gadis-gadis lain dari segi cara berpakaian," tuturnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive