18 August 2014

Khalid akan ke Budapest Hungry menghadap Sultan



Spekulasi bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan terbang ke Budapest, Hungary untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

SMS mendakwa perkara itu kini beredar di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

SMS itu juga mendakwa Khalid mahu mendapat perkenan sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri

“Dapat maklumat tengah malam tadi, Khalid Ibrahim akan yakinkan DYMM Sultan untuk bubarkan DUN... kemungkinan Khalid akan ke Budapest jumpa DYMM...,” menurut mesej yang dilihatMalaysiakini itu.

Spekulasi itu menjadi-jadi selepas Khalid secara tiba-tiba membatalkan perjumpaan bulannnya dengan penjawat awam pagi ini.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada jam 8 pagi dan media hanya dimaklumkan pembatalannya pada 7.44 pagi melalui e-mel.

Setiausaha akhbar kepada menteri besar, Arfa'eza Abdul Aziz (kiri) bagaimanapun menafikan spekulasi itu.

Katanya, Khalid akan terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga sultan berangkat pulang daripada luar negara pada 27 Ogos.

 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive