18 August 2014

PAS kini sudah jadi ayam daging Anwar dan Guan Eng

 | August 18, 2014
Keputusan sebulat suara Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
LGE anwarPETALING JAYA: Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mengkritik keputusan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.
Beliau memanggil Timbalan Presiden PAS itu dengan gelaran “ayam sabung PAS’ yang hilang tajinya.
“Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.
Bahkan beliau juga dilihat membidas kegagalan bagi mempertahankan keputusan sebulat suara yang telah diputuskan oleh PAS sebelum ini.
“PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pemimpin PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.
“Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?,” tulisnya lagi.
Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk tetap dengan keputusan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.
Menurutnya, PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.
“Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan saya sendiri,” katanya pada sidang media di Empire Hotel, Subang semalam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive