12 August 2014

PAS lebih baik bersama PR


 | August 12, 2014
Jika kita ikut Umno, kita umpama gerabak pada Umno bukan lokomotifnya.
husam musaPETALING JAYA: Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa menolak dakwaan dari sesetengah pihak yang mengatakan PAS akan keluar daripada Pakatan Rakyat (PR).
Menurut Husam, beliau berjuang dengan memasuki parti PAS ketika PAS sendirian dan keluar daripada Barisan Nasional (BN) pada awal tahun 1980-an.
“Saya muda masa tu, lihat seolah PAS tiada masa depan. Bertanding kalah, Kelantan yang kuat pun tinggal 2 kerusi.
“Tapi yakinlah bahawa Syed Qutb pernah menyebut, al-mustaqbal fi hadzad deen (masa depan hanyalah untuk Islam),” katanya di laman Facebook.
Tambah beliau lagi, keadaan PAS sekarang jauh berbeza dan jauh lebih baik daripada zaman mudanya.
“Tapi jika adik-adik atau anak muda yang rasa lebih baik PAS keluar PR, saya tak pasti.
“Percayalah kita perlu 30 tahun nak betulkan dan yakinkan semula orang ikut PAS. Pada saya situasi PAS sekarang lebih baik,” jelasnya.
Tegasnya lagi, jika PAS mengikut Umno, mereka umpama gerabak pada Umno, bukan lokomotifnya.
“Tetapi dalam landasan PR kita parallel kerana kita mempunyai persaingan sihat untuk masa depan politik yang lebih baik.
“Kalau baik ikut PAS, maka PAS akan ‘lead’. Jika PKR lebih baik maka parti itu akan ‘lead’,” katanya.
Ujarnya kita perlu yakin bahawa akan berlaku rekonstruksi dalam politik Melayu .
Husam berkata demikian ketika mengulas dakwaan yang mengatakan PAS akan keluar daripada PR ekoran krisis Menteri Besar Selangor.
Semalam Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mendapat perkenan daripada Sultan Selangor untuk beliau terus menjalankan tugas sebagai MB kerana mendapat sokongan majoriti DUN Selangor.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive