08 August 2014

PKR Selangor pula buat hal mereka mahukan Azmin sebagai MB

Aspan Alias
PKR pun terbelah sekarang ini. Sekarang PKR Selangor mahukan Azmin sebagai Menteri Besar jika Khalid diketepikan. PKR sesungguhnya sudah sampai keperingkat cacar-marba dan jika PAS tidak bersetuju untuk meletakkan Wan Azizah. PKR Selangor sendiri mempunyai pendirian yang tidak selari dengan PKR Pusat pimpinan Wan Azizah dan Ketua Umumnya, Anwar Ibrahim kerana kenyataan bersama setiausaha PKR Selangor dan ketua penerangannya Shuhaimi Shafiei telah membuat kenyataan bersama hari ini mahukan Azmin Ali sebagai pengganti kepada Khalid Ibrahim.

Walaupun PKR Selangor mahukan Khalid diketepikan, mereka mahukan Azmin, Ketuanya di Selangor sendiri menjadi pengganti kepada Khalid itu. Saya telah pun menyebut dalam posting yang lepas yang Azmin mempunyai ‘moral standing’ untuk menuntut jawatan Memnteri Besar itu kerana selain dari beliau adalah Timbalan Presiden PKR Kebangsaan, beliau juga adalah pengerusi PKR Selangor dan anak jati Selangor sendiri.

Itu sebabnya buat sementara ini untuk mempastikan PKR tidak berpecah maka cadangan PAS untuk mengekalkan Khalid itu merupakan pilihan yang tepat dan PAS tetap dengan pendirian itu seperti yang di zahirkan oleh Jawatankuasa Ulama nya semalam. PAS berpendapat yang Khalid hanya boleh diganti jika terbukti dengan keputusan mahkamah yang Khalid telah mengkhianati mandat rakyat Selangor.

Itu sebabnya telah saya katakan beberapa kali dalam blog kecil saya ini, jika hanya bermain politik dengan ‘intrigue’ politik Anwar semata-mata, PKR akan berhadapan dengan keadaan kerumitan yang tidak akan dapat di selesaikan dengan mudah. Jika bermain politik peribadi yang keterlaluan, PKR khususnya Anwar sendiri akan melalui zaman muramnya, kerana ‘Anwar can’t be lucky all the time’.

Perbezaan pendapat PKR Selangor dengan pemimpin pusatnya akan menambahkan perpecahan diperingkat ‘intra-parti’ nya. Anwar tidak boleh berbangga yang beliau mempunyai penguasaan yang penuh dari pemimpin bawahannya serta ahli-ahli PKR itu keseluruhannya.

Dengan sikap PKR Selangor ini, Anwar tidak memerlukan musuh yang lebih besar lagi, kerana musuh beliau dalam parti beliau sendiri sudah cukup untuk menyekat kemaraan Anwar ke destinasi idamannya, iaitu Putrajaya yang tidak jauh dari tempat ia bermula iaitu di Kajang pada bulan Mac yang lepas.

Sesungguhnya parti seperti DAP akan menghadapi masalah besar dalam perjalanan politik mereka jika mereka terpaksa tersangkut dengan isu dalaman PKR, parti peneraju Pakatan Rakyat itu. PAS telah pun membuat keputusan yang tepat dengan tidak bersama dengan Anwar dan PKR dalam isu Khalid Ibrahim ini dan kita tidak tahu samada DAP tetap mahu terjun dengan PKR bersama dengan labu-labu PKR sekali.

Hasil dari pergolakan PKR ini, ia juga akan membawa parti-parti rakannya khususnya DAP ketepian dan jatuh bersama PKR yang di junjungnya sekarang ini. tetapi itu hak DAP untuk menentukan sikapnya termasuk untuk bersama dengan Anwar, tetapi DAP tidak boleh menyalahkan mana-mana pihak jika tindakan itu menjadi ‘baggage’ kepada DAP dalam usahanya untuk memanjat tangga Putrajaya.

Saya nampak hanya satu jalan sahaja untuk mengekalkan ke ‘releven’an Anwar, iaitu jangan bermesyuarat terlalu lama pada 10hb nanti. Apa yang perlu mereka lakukan ialah dengan menarik balik cadangan menukar Menteri Besar Selangor sehingga pilihanraya yang akan datang dan bermaaf-maafan bersama Khalid dan pimpinan diperingkat tertinggi PKR dan PR sesuai dengan semangat Hari Raya Puasa ini. Lakukan perkara yang baik sempena Syawal yang Mubarak ini.

PAS pula pada hakikatnya tidak perlu menghadiri mesyuarat penting pada 10 hb nanti kerana keputusan parti itu dalam isu berbangkit ini adalah ‘predictable’. DAP pula boleh hadir tetapi bukan untuk menyembelahi mana-mana pihak dalam perkelahian keluarga PKR ini. DAP jangan memanaskan lagi situasi dengan memberi nasihat kepada kepimpinan PKR khususnya Anwar untuk mempertingkatkan ‘wisdom’ beliau dalam politik tanahair kita ini.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive