30 September 2014

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki

Ada usaha singkir Pas daripada PR - Zuhdi Marzuki
SHAH ALAM – [DIKEMASKINI] Ada pihak dalam PKR dan DAP yang dilihat tidak suka Pas berada dalam PR dan secara halus sedang berusaha untuk menyingkirkan parti itu, kata Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan Pas, Dr Mohd Zuhdi Marzuki.
Ujar beliau, beberapa kenyataan dan tindakan dalam kalangan pemimpin kedua-dua parti itu seolah-olah cuba membuli Pas dan menunjukkan mereka sudah tidak mahu bekerjasama lagi dengan Pas.
Ini boleh disimpulkan sebagai usaha secara halus dibuat untuk menyingkirkan atau Pas sendiri menarik diri daripada pakatan setelah tidak tahan dengan provokasi kumpulan berkenaan.
“Kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang menyatakan empat Exco Pas (di Selangor) sebagai pengkhianat dan kenyataan Ketua Pemuda DAP Sarawak, Wong King Wei yang memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Pas sedikit sebanyak memberi gambaran mereka tidak suka Pas (ada) dalam PR.
“Malah, pengurangan tiga exco Pas dalam Kerajaan Selangor (oleh pentadbiran Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali) juga tindakan provokasi supaya Pas memikirkan semula masa depan dengan PR,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Beliau mengulas laporan muka hadapan Sinar Harian semalam, mengenai kenyataan Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz bahawa Pas menjadi mangsa buli DAP dan PKR.
Menurut Mohd Zuhdi, ketegasan yang disuarakan Pas terutama dalam isu Menteri Besar Selangor menyebabkan rakan dalam PR mula membenci parti itu.
Dr Mohd Zuhdi Marzuki
Namun beliau menolak pendapat bahawa Pas kelihatan dibuli atas sebab parti itu sendiri lambat membuat keputusan sebaliknya kata Mohd Zuhdi, Pas secara berhati-hati cuba membuat keputusan yang terbaik.
“Dalam isu Menteri Besar Selangor, Pas hendak jaga hati perlbagai pihak, termasuk kakitangan Kerajaan Selangor dan rakyat Selangor, yang memihak kepada bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan bukan (buat keputusan) semata-mata (berdasarkan) rakan dalam PR.
“Kita tidak mahu gelojoh dalam buat keputusan. Mereka (DAP dan PKR) mahu keputusan yang cepat dengan bagi kata dua kepada kita selain tidak beri ruang yang luas untuk berbincang dalam PR,” katanya.
Beliau juga menyifatkan pimpinan PKR dan DAP hanya mementingkan agenda parti sendiri apabila mendesak Pas segera membuat keputusan dalam sebarang isu yang membabitkan kesepakatan parti itu.
Menurut Mohd Zuhdi, buat masa ini semua ahli dan pimpinan Pas perlu ikut semua nasihat Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Pas perlu ikut apa yang ditegaskan oleh presiden (Pas). Dalam ucapan semasa Muktamar Tahunan Pas ke-60 (baru-baru ini), Abdul Hadi telah buat satu penegasan bahawa Pas tidak akan tunduk kepada mana-mana pihak dalam PR.
“Apa yang Pas mahukan sekarang adalah persefahaman dan kerjasama yang baik daripada rakan kita dalam PR. Keluhan hati kecil saya, Pas perlu bina kekuatan sendiri dan tidak terlalu bergantung pada sokongan parti lain,” katanya. -SH

7 comments:

Anonymous said...

Rasanya bukan singkir PAS dari Pakatan Rakyat, tapi menyingkirkan UG @ kunco-kunco UMNO dari Pakatan Rakyat.

Anonymous said...

Tak sbr2 nk jadikan pas sebagai lajnah agama pkr...senang sikit nk jadikan Islam lbh liberal...lebih sekular. Menipu pun xper...janji menang.

Anonymous said...

Kalau dap dan pkr hina pas...lajnah pkr diam membisu...bahkan kdg2 tlg lagi...tp bila ada org yg cuba pertahankan maruah pas...depa ni nk ketuk plak kepala2 yg bangun nk jaga maruah pas. Luar biasa.

Anonymous said...

damaged control but it is too late dr.
do u understand missed understand or never understand ug.

Ridd said...


keluar saja ..dari PR.....selesai story....Anak2 SELANGOR pun dah Bosan dengan Perangai PEMIMPIN2 PAS yang sedia ada....!

KLU ada Pilihanraya di Negeri Selangor kalau ada CALON PAS PASTI akan TUMBANG....!

PAS adalah TOYs UMNO.

"KOTA DAMANSARA" adalah pentunjuk paling jelas PRINSIP PARTI PAS.
Apa yang berlaku pada PRU yg lalu itu lah sifat ANGKUH parti PAS. Dan ia pasti berulang kembali. dalam PRU yg besar itupun takda sikap setia kawan....ANGKUH dan SOMBONG!

PAS TETAP ANGKUH SELAGI PEMIMPIN YG SEWAJARNYA TIDAK DITUKAR....!

Anonymous said...

Lebih baik dari UG nak bergarid dengan UMNO yang dah tentu tak bawa apa-apa kebaikan kepada rakyat malah dipandang hina oleh Allah SWT.

Anonymous said...

Aku musykil dengan UG ni. Apa yang PAS dapat sekiranya bersekutu dengan UMNO?

PAS sering bertembung dengan UMNO dalam banyak kerusi. DAP sering bertembung dengan MCA dan Gerakan. PKR sering bertembung dengan parti-parti campuran BN.

Jika PAS bersekutu dengan UMNO, berapa kerusi yang UMNO boleh beri kepada PAS untuk bertanding? Separuh? Hanya dengan kerusi yang tidak diganggu gugat dengan mana-mana komponen BN pun UMNO bertelagah berebut untuk menjadi calon. Apa sandaran yang pasti untuk UMNO memberikan kerusi kepada PAS? Yang pasti kerusi MCA, MIC, Gerakan dan sebagainya tidak akan diserahkan kepada PAS. UMNO sendiri tidak menampakan usaha untuk keluar dari Barisan Nasional dan bersendirian. Jadi siapa PAS di mata UMNO? Adakah Barua, Broker atau Paria? Jadi ini perlu dijawab oleh ahli-ahli PAS penyokong UG.

Barang kali imbuhan dunia yang menjadi taruhan kepada UG sekarang yang beria-ia cuba mengeluarkan PAS dari Pakatan Rakyat. Lebih baik kamu dealing dengan UMNO sebagaimana Ezam Mat Noor dealing sehingga membolehkannya menjadi senator. Tapi persolannya berapa kerusi senator nak diserahkan kepada PAS? Jika nak diberikan kerusi GLC, dapatkah kamu memilikinya sedangan UMNO sendiri bergaduh sesama sendiri kerana masing-masing inginkan kerusi tersebut. Jadi perkara ini perlu difikir oleh penyokong-penyokong UG. Jika kamu dapat... yang senang hanya pemimpin, anak buah dapat apa?

Jika scenario paling ringan ialah PAS keluar dari Pakatan Rakyat dan bersendirian. Mampukah PAS nak memenangi kerusi-kerusi yang dipertandingkan. Adakan PAS pasti akan memperolehi kuasa dari rakyat, sedangkan ahli PAS sendiri sudah tidak lagi mempercayai kepimpinan PAS. Akan berlaku pertandingan 3 penjuru ini tidak menguntungkan PAS yang pasti mengharapkan undi dari ahli dan penyokong2. Namun perlu diketahui penyokong2 yang sedia ada adalah hasil campuran ahli dan penyokong PKR dan DAP. Jadi adakah PAS akan menang? Kita lihat mustahilkan... melainkan jika PAS memang nak memberi kelangsungan hidup kepada UMNO/BN.

Cabaran saya ialah cuba buat ceramah sebagaimana sebelum ini, panggil TGHH, Tantawi, Nik Abduh dan sebagainya. Anda pasti rakyat akan hadir ke majlis anda? Berapa kutipan derma yang bakal diperolehi... atau habuk pun tak ada. Jadi cubalah... yang saya lihat di Marang hari tu ketika TGHH beri penjelasan pun taklah seramai mana seperti kebiasaan... mungkin orang pergi kerja... (bersangka baik).

Tolong fikir baik-baik dan buat post mortem yang sebenar... ingat kebanyakkan post mortem PRU13 yang lalu bukannya benar sangat... saya tahulah sebab sehingga kini post-mortem di Kedah tidak dihebahkan kepada ahli2, ini petanda ada sesuatu yang hendak disorok atau post mortem yang dibuat tidak berkata benar. Aku tahu sangatlah ketua post-mortem Kedah tu... kawasan sendiri pun dia tak mampu nak jaga masakan laporan post-mortem akan benar-benar telus.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive