16 September 2014

'Anwarinas' semakin berkuasa?

'Anwarinas' semakin berkuasa?
KUALA LUMPUR  - Kemelut dalaman Pas yang menyaksikan barisan kepemimpinan utamanya bertelagah secara terbuka rentetan kemelut jawatan Menteri Besar Selangor adalah sesuatu yang malang bagi parti itu.
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan berkata, walaupun Pas telah mengharungi pelbagai ujian sejak penubuhannya pada 1951, masalah yang berlaku sekarang lebih parah kerana berpunca daripada penyusupan sekumpulan pemimpin pro-Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, beliau tidak perlu menamakan siapa pemimpin berkenaan kerana identiti mereka bukanlah satu rahsia bagi mana-mana rakyat Malaysia yang peka dengan perkembangan politik pembangkang.
"Kiblat politik pemimpin ini dipamerkan secara terbuka apabila berlakunya kemelut jawatan Menteri Besar Selangor sehingga sanggup menyanggah pendirian Presiden parti mereka, Datuk Seri Abdul Hadi Awang melalui media dan ceramah.
"Inilah bukti Anwarinas semakin berkuasa dalam Pas hasil penyusupan berbelas tahun lalu sehingga berjaya menduduki jawatan strategik," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Sejak kemelut jawatan Menteri Besar Selangor tercetus, terdapat pemimpin kanan Pas membuat kenyataan yang berbeza dengan pendirian Abdul Hadi walaupun Presiden Pas itu sebenarnya telah bertindak mengikut kelulusan Majlis Syura Ulama yang menjadi pembimbing hala tuju politik parti berkenaan.
Abdul Hadi yang secara terbuka menegaskan isteri Anwar, Datin Seri Azizah Wan Ismail tidak layak menjadi Menteri Besar Selangor bagi menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kemudiannya dikecam secara terbuka oleh sekutu pembangkang, PKR dan DAP.
Dalam pada itu, Nallakaruppan menyatakan simpati kepada Abdul Hadi yang diserang bertubi-tubi kerana mempertahankan pendiriannya yang tidak mahu memenuhi cita-cita politik Anwar.
Katanya, masalah di Selangor juga bukan disebabkan oleh parti Islam itu tetapi dicipta oleh PKR namun kesan negatifnya ditanggung oleh Pas, iaitu parti terawal yang mendukung Anwar selepas dia dipecat daripada jawatan dalam kerajaan Pusat pada 1998.
"Dalam banyak ceramah, saya selalu cakap Pas akan terima akibat jika berkawan dengan Anwar dan sekarang hal itu berlaku. Apa nilai setiakawan bagi Anwar, dahulu saya jadi mangsa, sekarang Khalid dan Pas yang mengalaminya," katanya.
Nallakaruppan berkata, kemelut jawatan Menteri Besar Selangor juga adalah kemuncak sikap besar kepala PKR terhadap Pas yang selama ini bersabar dan lebih banyak berkorban berbanding DAP.
Malah katanya, selama ini pun PKR menumpang kekuatan Pas khasnya di peringkat akar umbi dan tidak keterlaluan jika dikatakan separuh daripada kekuatan PKR sebenarnya disumbangkan oleh jentera parti Islam itu.
Sementara itu, beliau berharap ahli Pas menilai kenyataannya berkaitan perkembangan semasa parti itu secara berlapang dada kerana masalah lebih besar akan berlaku jika Abdul Hadi tidak disokong secara mutlak oleh akar umbi. -

2 comments:

mosabit said...

nala kurapan ni penasihat pas ..mengalahkan majlis surau ulamak pas..kah kah kah kah

Anonymous said...

bila utusang,tv tiga suku, pekasam dan terkini nala punya belit sokong presideng air ketum menzahirkan bahawa pas pis pus dlm laluan yg betui..hijau tukar color blue ocean. nala punya wala'

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive