11 September 2014

Chegubard dakwa Azmin punca kemelut MB Selangor...


Ini kisah pemimpin PKR yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin aka Chegu Bard yang dalam tulisan di blog peribadinya mendakwa Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali sebagai punca kemelut Mb Selangor.
Chegubard yang diketahui umum bukan 'regu' Azmin mendakwa krisis MB Selangor yang melibatkan PKR disebabkan lobi Azmin untuk menjadi Menteri Besar.
"Lobi Azmin yang nak jadi MB (Menteri Besar) akhirnya membawa kepada episod pemecatan Khalid Ibrahim dan fasa lantikan baru dari Istana.
"PKR yang diperlihatkan tidak 'solid' kepimpinannya sudah tentu akan dipermainkan atau tidak dihormati bukan saja oleh musuh dan istana, malah sahabat (rakan sekutu) sendiri," katanya.
Beliau berkata situasi ini berlaku disebabkan tindakan pemimpin kanan PKR itu yang kononnya menyokong satu nama dipersembahkan kepada Istana, namun dalam masa sama menghantar 'pasukan' untuk melobi dirinya.
"Tanyalah pemimpin PAS bagaimana Azmin melalui pelbagai saluran melobi sehingga Presiden PAS (Datuk Seri Abdul Hadi Awang) sendiri mahu membawa namanya tetapi apabila lobinya pada PAS terbongkar dia sendiri mengadap Datuk SeriAnwar Ibrahim konon menyatakan Presiden PAS yang mahu melamar dia.
"Ini antara punca meretakkan lagi hubungan Pakatan Rakyat. Dia bercakap ke media akan tolak sebarang cadangan namanya dan menyokong (Presiden PKR, Datin Seri DR) Wan Azizah (Wan Ismail) tetapi dibelakang ia terus melobi termasuk ke istana," katanya.

Menyifatkan PKR kini berada dihujung tanduk, Badrul Hisham turut mencabar Azmin menyembah surat ke Istana Selangor menyatakan bahawa dirinya tidak mahu menjadi Menteri Besar Selangor mengantikan Abdul Khalid.
"Hentikan usaha lobi belakang ini, hantar surat ke Istana nyatakan bahawa anda tidak mahu menjadi Menteri Besar, menghormati kebijaksanaan baginda Sultan agar menolak sebarang khabar angin bahawa PKR itu tidak 'solid' dengan keputusan untuk menamakan Wan Azizah dan kamu nyatakan sokongan tanpa belah bagi.
"Jangan hanya di media saja tetapi hantar 'signal' berbeza di Istana dan penyokong kamu dengan harapan Wan Azizah ditolak dan kamu ialah 'plan B' nya," katanya.-11/9/2014

1 comment:

Unknown said...

Apa masalah kalau azmin jd MB? Kau jeles?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive