26 September 2014

Exco Selangor: Pas hilang satu kerusi

SHAH ALAM 26 Sept. - Hanya tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Pas kekal dilantik semula sebagai Exco Selangor di bawah pentadbiran Menteri Besar baharu, Mohamed Azmin Ali.

Tiga ADUN terbabit, masing-masing ialah ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad, Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang) dan ADUN Taman Templer, Zaidy Abdul Talib dan keputusan tersebut diumumkan oleh Mohamed Azmin dalam satu sidang akhbar khas di tingkat 22, bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di sini kira-kira pukul 9.30 pagi ini.

Jumlah Exco Pas itu dilihat berkurangan satu kerusi berbanding sebelum yang menyaksikan Pas mempunyai empat kerusi Exco.

Sebaliknya, PKR kali ini telah meletakkan empat wakil mereka sebagai Exco dengan melantik semula ADUN Bukit Lanjan, Elizabeth Wong; ADUN Sementa, Dr. Daroyah Alwi selain melantik dua muka baharu iaitu ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad dan ADUN Batu Caves, Amirudin Shari.

Pada masa sama, Azmin turut memaklumkan bahawa DAP masih mengekalkan tiga Exco sebelum ini untuk dilantik semua di bawah pentadbirannya iaitu ADUN Sungai Pinang, Datuk Teng Chang Khim; Ean Yong Hian Wah (Sri Kembangan) dan ADUN Kota Alam Shah, V. Ganabatirau. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive