17 September 2014

Kerajaan PAS Kelantan Mampu Kekal Tanpa Nik Aziz



Datuk Ahmad Yakob.

KULAI JAYA: PAS Kelantan mampu mengekalkan rekod kemenangannya di negeri itu walaupun tanpa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai menteri besar.
Menteri Besarnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, beliau yakin PAS tidak berhadapan dengan masalah kehakisan sokongan rakyat di negeri itu kerana kerajaan yang dipimpinnya akan meneruskan dan memperkasakan program sedia ada.
Keyakinan itu sekaligus menolak kebimbangan Ketua Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiat yang meragui kemampuan partinya sendiri untuk mengekalkan kemenangan di Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
"Bagi kita di Kelantan kita meneruskan agenda yang telah pun dipersetujui bersama. Kita hanya meneruskan program pembangunan bersama Islam.
"Kita hanya memperkasakan dengan merakyatkan semula program yang dibuat selama ini. Tidak ada masalah, PAS tak akan terkesan," katanya kepada pemberita selepas majlis penangguhan Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat ke-53 di sini, Rabu.
Mengulas lanjut, Ahmad berkata Suhaizan mengutarakan kebimbangan tanpa mengetahui situasi sebenar di Kelantan.
"Suhaizan tidak terlibat secara langsung dengan pentadbiran kita di Kelantan. Mungkin itu pandangan beliau," katanya.
Pada Selasa, Suhaizan mengingatkan penyokong PAS bahawa kerajaan PAS Kelantan bakal runtuh sekiranya pasti itu gagal meningkatkan prestasi pentadbirannya serta menguruskan masalah dalaman dengan baik.
Amaran keras itu dinyatakan supaya kepimpinan tertinggi PAS tidak terus bergantung kepada faktor 'Nik Aziz' untuk terus mempertahankan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang.
Katanya, faktor ketokohan Nik Abdul Aziz tidak boleh terus dijadikan modal politik PAS untuk meraih sokongan rakyat.

2 comments:

Najwan said...

Itulah namanya nasihat Ustaz Mat, dulu warning Ganu dan Kedah jatuh taknak percaya. Aku pun bukan taksub sampai jadi gila kat TGNA, tapi sbb kekuatan dan kualiti dia sebagai pemimpin telah terbukti. Dengarlah nasihat kami yang dari luar Kelantan, yang selama ini mendoakan kemenangan PAS di sana. Janganlah sombong sangat. Sedang Firaun yang zalim dan hidup mengaku tuhan pun Allah uji dengan segala macam nikmat dunia yang menjadikannya sombong, pastinya ujian pada kita akan lebih hebat lagi.

Dengarlah nasihat dan teguran kami ini.

Anonymous said...

" Menerus dan memperkasakan program yang sedia ada ". Program gapo weh, program membiak aedes adalah. Setahun lebih dah tak Nampak pun satu program yg mampu memperbaiki taraf kehidupan rakyat. Program untuk meningkatkan kadar penggunaan air adalah bermula dari 0.45 hingga 1.42/meter padu, murah kadar tu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive