Hubungan Abby Abadi dan Khairul Azli bukan lagi rahsia apabila bekas penyanyi kumpulan Elite itu telah memuatnaik gambar kejutan hari jadi Khairul yang dibuat oleh Abby.
"Kami kawan biasa tapi dia punya tempat istimewa di hati saya. Kerana apa? Kerana dia selalu ada di saat saya memerlukan teman bicara. Sejujurnya saya memang sayangkannya sebab kami kawan lama. Dari zaman ‘lagha’ sehingga saya berhijrah.
"Sampai saya berkahwin hinggalah saya bercerai. Dia tak pernah tak ada bila saya perlukan. Baiknya dia, tak pernah berburuk sangka kepada saya sehingga saya rasa bersalah sangat," katanya menerusi laman Instagramnya.
Abby juga membuat penjelasan mengenai sambutan hari jadi jejaka tersebut yang dilakukan olehnya baru-baru ini.
"Di mana silapnya kalau saya meraikan hari jadi dia? Saya ada mengganggu sesiapa ke untuk menggembirakan hati teman saya ini? Bila kita sayang seseorang tak salah kita tunjukkan. Sekurang-kurangnya, kalau saya dah tiada nanti, ada kenangan untuk dia.
"Kenapa mesti berprasangka yang tak sudah-sudah ya? Orang lain pun ada kawan lelaki, siap berpeluk sakan lagi. Tapi kami tak sebab kami takutkan ALLAH SWT. Saya dah jelaskan, dia bukan teman lelaki baharu saya.
"Tapi, kalau ada jodoh, ALLAH Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hambanya. Tapi, di saat saya menulis tentang ini, kami berstatus kawan sahaja. Harap penjelasan ini sedikit sebanyak dapat menutup prasangka yang bukan-bukan," kata Abby lagi.
1 comment:
Tukar je la status tauke balak
Post a Comment