15 September 2014

'mujahidin' Ustaz Lofti...

Beberapa pemimpin PAS meluahkan ingatan mereka terhadap bekas Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Kedah Ustaz Mohd Lofti Ariffin, 46, yang 'syahid' di Syria pada Sabtu.
Bekas tahanan ISA itu menjadi rakyat Malaysia ketiga terbunuh dalam peperangan di Syria antara tentera kerajaan Bashar Al Assad dengan kumpulan pejuang dari serata dunia.
Menurut Setiausaha Dewan Ulama PAS Kedah Ustaz Ahmad Yahaya, kali terakhir beliau berkomunikasi dengan arwah adalah pada 7 Februari lalu.
"Ana (saya) menghubunginya bagi memohon pada waktu itu untuk beliau mewakili Dewan Ulamak PAS Negeri Kedah ke Mesyuarat Ulamak PAS Pusat di Kuala Lumpur.
"Namun jawapan yang ana terima pada ketika itu... "Kat Istanbul lani....".
"Selepas ana menghubunginya pada waktu itu, pada tarikh 23 Februari 2014 sekali lagi ana menghubunginya bagi bekerjasama dan menguruskan program Lajnah Tarbiyah Ulamak yang akan diadakan..dan jawapan yang ana terima daripada Assyahid Ust Lotfi..cukup ringkas tetapi sudah memberi maksud yang cukup jelas...katanya pada ketika itu.."Bumi Syam", kata beliau dalam satu kenyataan di facebooknya.
Sementara itu, seorang lagi pemimpin PAS yang juga bekas rakan sebilik dalam tahanan ISA, Ustaz Mokhtar Senik menulis kenangan mengenai beliau.
Dalam pertemuan di pejabat Mokhtar itu, Lotfi bercerita mengenai mimpinya bertemu bidadari selain minum air sungai manis rasa madu...
Bidadari itu berkata jika mahu minum lagi, datanglah ke Syria.
"Ada cahaya bersinar dalam matanya. Apa ustaz fikir tentang mimpi ana itu? Ujar beliau. Ana jawab; anta selesaikan hutang-hutang anta.. pergi lah ustaz," tulisnya di facebook.
"Lepas itu kami berpelukan dan as syahid mohon izin bertolak ke Johor pula. Itulah pertemuan terakhir dengan as syahid teman setahanan ana di kemunting selama tiga tahun lebih. Moga Allah membeli dagangan as syahid,"katanya.
Lofti meletak jawatan dari PAS untuk berjuang di Syria bersama-sama sekumpulan rakyat Malaysia dalam satu pergerakan bernama Ajnad As Syam.
Difahamkan beliau mengalami kecederaan di lengan dan kepala ketika serang hendap di Timur Syria pagi Selasa lepas.
Beliau dilaporkan koma dan dihantar ke hospital di Hatay, Turki.
"Doktor telah cuba yang terbaik untuk menyelamatkannya. Dia gagal bertahan kerana kecederaan dan meninggal dunia selepas Maghrib pada Sabtu," jelas satu sumber.
Difahamkan jenazah Mohd Lofti akan dikebumikan di Turki.
Dalam serangan itu, seorang lagi rakyat Malaysia Mohammad Fadhlan Shahidi Mohammad Khir, 21, turut terkorban.
Rakyat Malaysia yang telah terkorban di Syria sejak 10 Ogos lalu ialah Zainan Harith yang dikenali sebagai Abu Turob, manakala Ahmad Tarmimi Maliki, 26, terkenal selepas kematiannya kerana menjadi pengebom berani mati yang pertama dari negara ini.
Mengikut abang sulungnya Zainon Ariffon,52, Mohd Lofti pergi ke Syria untuk berperang kerana bersebab.
Lofti meninggalkan lapan anak yang berumur lapan bulan hingga 17 tahun.
Dia dikatakan tidak balik ke rumah ketika adiknya yang berusia 41 tahun meninggal dunia kerana serangan jantung Mac lalu.
Lofti antara 40 orang rakyat Malaysa termasuk empat bekas tahan ISA.
Mereka ialah bekas anggota Kumpulan Mujahiddin Malaysia (KMM) Zainuri Kamaruddin dan bekas Jemaat Islamiah (JI) iaitu Rafi Udin, Samad Shukri, Zid Saharani Mohamad Esa.
Mohd Lofti ditahan ISA pada Ogos 2001 hingga Spetember 2003 kerana terlibat dengan KMM.
Pada awal tahun 1990-an, Mohd Lofti telah menyertai latihan senjata di Afganistan dan terlibat dalam dua konflik berasingan di Tajikistan dan Poso Sulawesi.
Kini soalnya apakah betul mereka ini mati syahid seperti didakwa? Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berpendapat perbuatan segelintir rakyat Malaysia yang menyertai perjuangan ISIS di Syria dan Iraq adalah tidak wajar dan haram untuk diteruskan.
"Mereka (pengikut ISIS) tidak dikategorikan sebagai mati syahid kerana pertubuhan ini menentang orang Islam dan membunuh orang Islam sendiri. Ia merupakan satu pemberontakan dalam negara," katanya.
"Rakyat Malaysia yang pergi ke sana dengan niat untuk berjihad juga akan jadi sia-sia sahaja kerana tujuan ISIS ini bercanggah dengan tujuan Islam, jadi ia haram di sisi syarak," katanya.
Dalam pada itu, Mufti Kelantan Datuk Muhammad Shukri berkata umat Islam di negara ini perlu memahami terlebih dahulu apa itu maksud jihad.
"Adakah jihad dengan berperang sesama sendiri itu berlaku secara begitu sahaja, secara bersungguh-sungguh, atau serius? Memang kita disuruh melakukan jihad namun apa yang menjadi persoalannya kini apakah penyertaan kita pada sesuatu pertubuhan itu tepat atau tidak.
Menurut Muhammad, keputusan untuk berjihad itu perlu dipastikan sama ada ia berlandaskan syarak atau tidak kerana jika berjihad tanpa mengikut syarak dari segi Islam mereka tidak seharusnya turut serta.
"Kita sesama umat Islam sendiri tak boleh berperang, kalau kedua-duanya bergaduh ia memang diharamkan tetapi jika jihad itu bertepatan dengan kadar syarak jadi niat untuk menyertainya adalah betul," katanya.
"Saya menasihatkan mereka yang ingin menyertai sesuatu pertubuhan itu perlu memantau, membuat penelitian, dan berhati-hati supaya tidak terjebak dengan pertubuhan yang tidak bertepatan dengan syarak.-15/9/2014

1 comment:

Anonymous said...

Penulis sendiri keliru antara ISIS dan Ajnas As Syam.
Bila kebencian kita terhadap para mujahidin dan pendakwah bersarang di hati, amat mudah badi kita menuduh mereka sesat. Kita yang bergoyang kaki dan solat subuh gajah inilah yang betul dan yg lainnya salah

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive