28 September 2014

PKR, DAP Pembuli - Nik Abduh


Diterbitkan: Ahad, 28 September 2014 1:10 PM

Nik Abduh Nik Aziz
PETALING JAYA: Anak Mursyidul Am PAS mendakwa Parti Keadilan Rakyat dan DAP kini makin berubah dan lebih menonjol dengan sikap umpama Umno sebagai pembuli.

Kenyataannya yang disiarkan menerusi laman Facebook pada Ahad itu bagai petanda wujudnya pergeseran yang semakin meruncing di kalangan parti dalam gabungan Pakatan Rakyat.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Aziz itu mendakwa, ada di kalangan pemimpin DAP mengeluarkan kenyataan bahawa PAS perlu dihukum kerana bertindak bertentangan dengan keputusan Pakatan Rakyat ketika krisis menteri besar di Selangor.


"Mereka berkata PAS akan mati dan ditanam di Selangor.

"Di Sarawak, mereka mengumumkan tidak lagi mahu bersahabat dengan PAS. Kini mereka mahu menjadi umpama Umno, bersikap sombong apabila memiliki kuasa," katanya.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, DAP mula menonjolkan sikap buruknya ketika mendapat kuasa hanya sepenggal, tetapi PAS menjadi mangsa buli Umno ketika berkuasa di Kelantan dan Terengganu untuk tempoh lebih lama.

"Mereka sering mewar-warkan kegagalan kami, tetapi mereka lupa bahawa PAS juga ada cerita kejayaan tersendiri," katanya sambil menambah PKR juga tiada bezanya dengan DAP.

"PKR juga mahu membuli kami. Mereka mencuri sambil membuli.

"Sesuatu yang baik apabila PKR berhadapan masalah dalaman, jadi mereka tidak sekukuh DAP, malahan ada di kalangan mereka yang tidak sehaluan, jadi tindakan mereka membuli kami tidak begitu berkesan," katanya.

Perpecahan mula melanda Pakatan Rakyat sejak krisis Menteri Besar Selangor, apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan kepemimpinan ulama parti itu memilih untuk menangani krisis itu dengan cara mereka.

Ia berlarutan apabila empat bekas Exco Selangor yang dilabel sebagai pengkhianat apabila enggan meletak jawatan daripada pentadbiran Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai solidariti kepada pemecatan enam Exco PKR dan DAP.

Sebaik dilantik, Menteri Besar yang baharu, Azmin Ali memutuskan untuk mengurangkan jumlah Exco di kalangan wakil rakyat PAS kepada tiga berbanding empat sebelum ini di mana ia dilihat sebagai hukuman kepada parti berkenaan.

Nik Abdul juga berkata, walaupun menjadi mangsa, PAS masih mampu meneruskan perjuangan dan berjaya melaluinya.

"PAS berjaya dalam banyak pilihan raya dan memerintah beberapa negeri. PAS juga melebarkan sayapnya di mana sahaja ia pergi," katanya.

Beliau seterusnya turut menasihatkan DAP supaya tidak menjadi pembuli kerana ia akan menimbulkan kemarahan di kalangan rakyat, seolah-olah cuba 'membunuh' parti itu.

"DAP seharusnya tahu bahawa PAS tidak akan mati kerana ada jangka hayat yang panjang. Jika Umno tidak mati lagi, kenapa pula PAS yang harus mati.

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?," katanya sambil menegaskan bahawa Islam ada nadi parti itu yang memungkinkan ia terus subur.

"PAS akan hanya mati atau disisihkan jika ada pihak yang lebih baik untuk memperjuangkan Islam. Setakat ini, tiada yang seumpama itu muncul. Saya tidak fikir PasMA ada keupayaan untuk menggantikan PAS. Mereka boleh bermimpi di siang hari tetapi jangan jadi pembuli," katanya merujuk kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang dibentuk beberapa kepemimpinan PAS

14 comments:

Anonymous said...

Mabuk lah Nik Abduh nie...apalah yang kau merepek nie labu.Benarlah kata pujangga. Iman tak boleh diwarisi -

Anonymous said...

"Jika PAS mati, siapa yang akan berjuang untuk Islam? Umno? PKR? DAP?,"

Cakap kufur dan syirik macam UMNO. Nik Abduh kalau tak bercakap lagi baiklah.

Macam mana orang nak yakin dengan sikap tak konsisten Haji Hadi? Aku yang jadi ahli PAS pun naik malu dengan sikapnya.

PAS jika ingin kembali dilihat meyakinkan oleh masyarakat perlu menyingkirkan Haji Hadi dan pemimpin UG dari menerajui PAS - sudah jadi biawak hidup kepada PAS - sikap racist, tiada semangat setia kawan, mungkir janji, bongkak, tamak pada semua kerusi kepimpinan, penyebar fitnah, suka menghukum tanpa mengikut saluran yang betul, nak jadi dictator, tak boleh menerima teguran (halau orang keluar parti- ingat PAS tu parti bapak dia yang punya?), berlagak maksum, pemecah belah kesatuan PAS....

Jika tidak kirim salamlah... PAS akan kalah di dalam pilihanraya walaupun memiliki jentera pilihanraya paling besar di Malaysia. Malah tak mustahil ahli PAS sendiri takkan beri undi pada PAS (boikot).

Aku cakap sebagai ahli PAS, jika tak percaya sudahlah... tapi aku memang ahli PAS malah pekerja PAS dalam PRU-PRU yang lalu.

abuamir said...

Cakap ajelah nak berpelukan dgn kan senang, tak payah pusing2. Kalau PAS tak mahu keluar dari PR kenapa geng UG tak keluar sendiri dari PAS dan masuk umno terus kan senang. Geng UG bila masuk umno pasti dpt jawatan menteri dan pengarah2 GLC dll. Bila lagi nak pakai velfire dan kereta2 mewah, dah lama susah berjuang habuan tak ada juga. Maklumlah PAS parti sengkek, umno kan kaya-raya tarah duit rakyat.

Bilalah puak2 nak berambus da

Anonymous said...

Contoh 3 beruk upahan spt diatas....

Anonymous said...

aku setuju dengan kenyataan anonymous 2.27 dan aku juga setuju jika di katakan DAP dan PKR pembuli sebab memang sekarang ni parti pas hanya untuk di buli.peminpin hanya tahu angguk dan wala' sampai ke pagi

IbnAbdHalim said...

Semuanya berlaku dek sebab sikap geng UG. Kalau golongan profesional Pas tak ada masalah. Org macam Nik Abduh inilah yg buat gawatnya politik PR.

Anonymous said...

Islam mana boleh mati tapi Parti Pas boleh kalau perangai angkuh macam geng UG & Hadi .Jgn dok putar belit isu ni dok asyik bersembunyi di belakang Islam buat kerja macam pelir .

Anonymous said...

kena ada kebijaksanaan dalam politik.

Anonymous said...

Semoga Allah merahmati sdr Nik Abduh serta keluarga dan semua kepimpinan dan ahli PAS...

PKR semakin berubah apabila berkuasa..YES.
DAP membuli..YES.
PAS akan terus berjuang walau ditinggalkan rakan2..tiada istilah mudah apabila berjuang ke jalan Allah.Setuju dengan pandangan Nik..tk

Anonymous said...

Macamana PAS hendak berjuangkan ISLAM bertanding 66kerusi parlimen dari 222 jumlah semua.Kalau menang semuapun tak boleh buat apa.Kenyangkan perut sendiri bolehlah,selagi ada penyokong bodoh memberi undi.PERCAYALAH ISLAM TIDAK BOLEH TEGAK ATAS DEMOKRASI YG BERFAHAM SECULAR DIMANA OTAK MANUSIA YG MENCIPTA UNDANG2 ITU.

Anonymous said...

PAS UG lu org ug rasa dibuli pi berambooooos keluar dr PR, PRU14 pi mampoooos dgn PAS UG khakkk tuiii.

Anonymous said...

Kenapa UG rasa PAS dibuli? Ini semua sebab UG adalah kumpulan yang tamak... maka bila tak dapat apa yang dikehendaki maka dia akan kata dibuli.

Kenapa aku kata golongan UG adalah tamak... kerana mereka ini ada di dalam semua dewan (kecuali DHPP) malah hamir menguasai semua dewan. Namun mereka masih tak puas hati hendak kerusi presiden dan kerusi timbalan presiden sebagai hak milik mutlak golongan UG yang mereka takrifkan sebagai ULAMA secara perlembagaan. Bukankah itu tamak namanya?

Mereka secara tak langsung cuba mewujudkan kasta di dalam PAS. Habis golongan biasa akan menjadi apa? 'Barua' telah dikata dan diwar-warkan dan tak lama lagi mungkin golongan 'paria'lah gamaknya. Mereka perlu belajar tentang bagaimana 'golongan paderi' dijatuhkan sehingga menyebabkan kebangkitan secular. Adakah UG mahu menjadi golongan paderi sehingga setiap kata tak boleh disanggah sehingga mewujudkan golongan secular kerana terlalu bencikan agama kerana sikap melampau golongan paderi yang tamak?

Jadi golongan ulama di dalam PAS harus berhati-hati kerana tindakan kamu akan mendatangkan bencana kepada PAS dan Islam sendiri di mata masyarakat malah yang lebih ditakuti mungkin dinilai salah di hadapan Allah di akhirat nanti kerana kamu mungkin memperjuang assabiyah.

Anonymous said...

UG wajar tubuh Parti Ulama SeMalaysia.... Nik Abduh boleh jadi Mursyidul Am, Nik Amar boleh jadi Presiden, Hellfire boleh jadi T Presiden, Setiusaha Agung Dr Ayam boleh kot. Ketua Pemuda boleh lantik Ulama Muda UMNO tu.

Baru best...... tunjuk power sikit pada PAS tu.

nazi kelawar said...

Setiap individu Islam adalah pejuang Islam.Tiada istilah jika tiada PAS tiada yang memperjuangkan Islam.Islam milik semua orang Islam, pasti dan yakin saya jika tidak ada PAS, Islam ada pejuangnya.InsyaALLAH.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive