28 October 2014

Anwar: Saya boleh jadi ‘Tun Anwar’

Oleh: NAZLI IBRAHIM

Anwar
SUBANG JAYA, 28 OKT: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin beliau dibebaskan serta merta dalam pertuduhan fitnah liwat 2 sekiranya berpaling tadah terhadap Pakatan Rakyat (PR) dengan mengisytiharkan sokongan kepada pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Anwar dengan nada berseluroh juga yakin akan dianugerahkan gelaran Tun selepas mengumumkan meninggalkan PR.
“Kalaulah saya cakap saya menyesal berjuang dengan Pakatan Rakyat dan saya tak suka Azmin ini Menteri Besar, PKR, DAP dan PAS ini semua kacau.

“Saya fikir-fikir masuk Umno sahajalah dan fikir-fikir lagi, Datuk Seri Najib Perdana Menteri terbaik dan fikir-fikir lagi first lady…
“Saya ingat dia tarik kes itu. Seminggu selepas itu saya jadi Tun. Jangan main-main, Tun Anwar Ibrahim dan kemudian mana-mana syarikat saya boleh jadi lembaga pengarah,” kata Anwar dalam Perhimpunan Rakyat Hakim Negara di Stadium 3K di sini malam tadi.
Bagaimanapun, jelas Anwar beliau tetap istiqamah berjuang bersama rakyat walaupun beliau terpaksa menghadapi risiko dipenjarakan.
Anwar, 67 tahun, hari ini menghadapi perbicaraan kes fitnah liwat 2 yang melibatkan bekas pembantu beliau, Saiful Bukhari Azlan di Mahkamah Persekutuan.
Perbicaraan yang dijalankan sehingga Khamis ini bakal menentukan sama ada Anwar akan dipenjarakan atau dibebaskan sekaligus menentukan masa depan politik Anwar.
Pemerhati politik menjangkakan Anwar sekiranya dijatuhkan hukuman penjara akan berumur hampir 80 tahun apabila dibebaskan, iaitu peringkat yang dianggap melepasi had bersara bagi seorang yang menduduki kerusi tertinggi dalam politik.
EZY

1 comment:

Amiin said...

Binasalah dan hinalah dunia akhirat setiap manusia yg terlibat fitnah liwat ini.

Turunkan bala utk mereka Ya Allah kerana mereka sudah lama menganggap Engkau merestui dosa mereka.

Tunjukkan kuasa Mu ya Allah kpd syaitan2 lucah itu semua

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive