Namun, kebimbangan mengenai insiden 'penculikannya' timbul selepas satu rakaman video menunjukkan seorang lelaki berkelahi dengan beberapa individu dan diheret masuk ke dalam sebuah kereta di sebuah restoran, dimuat naik secara dalam talian.
Difahamkan seorang wanita berstatus Datin Seri telah mengarahkan ahli keluarganya untuk membawa suaminya yang berusia 53 tahun pulang ke rumah.
"Dia mahu suaminya pulang supaya perselisihan pendapat antara mereka dapat diselesaikan . Dia mahu mengelak pertelingkahan di tempat awam," kata Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Azmi Abu Kassim.
Malah, pelanggan tersebut turut membuat laporan polis bimbang insiden 'penculikan' berlaku.
Video tersebut menjadi viral di laman media sosial.
"Kumpulan penyiasat sedang menghubungi mangsa. Dia kini selamat bersama isteri dan dalam perjalanan ke ibu pejabat polis PJ ditemani isteri dan empat ahli keluarga mereka untuk disoal siasat," kata Azmi.
No comments:
Post a Comment