03 October 2014

Isu Minyak: Penerima Sanggup BR1M Dihapuskan

Gambar hiasanGambar hiasanKEMAMAN – Kebanyakan penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di daerah ini lebih sanggup bantuan tersebut dihentikan, berbanding harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan kerana kenaikan bahan api itu meningkatkan lagi kos sara hidup.
Adnan Mohamad, 45, berkata, kenaikan harga bahan api itu akan menyebabkan peningkatan harga barang dan perkhidmatan, seterusnya menjadikan perbelanjaan harian termasuk keperluan dapur setiap keluarga meningkat.
“Sebagai penerima BR1M, saya akui bantuan ini sangat berguna, namun kalau berjimat sekalipun, bantuan ini bertahan beberapa bulan sahaja.
“Sedangkan kenaikan harga bahan bakar ini pula beri kesan secara menyeluruh, bahkan kalau nilai BR1M dinaikkan lagi sebanyak RM300 seperti diumumkan baru-baru ini, ia tetap tidak setimpal sebab rakyat perlu berhadapan dengan harga barang dan perkhidmatan yang lebih mahal berbanding sebelum ini,” katanya.
Justeru, kata Adnan, jika diberi pilihan, dia lebih sanggup tidak menerima BR1M asalkan kerajaan tidak mengurangkan subsidi bahan bakar itu.
Menurut Mohd Zainal Ramli, 39, pula, langkah kerajaan menaikkan harga petrol dan diesel di saat umat Islam bakal menyambut Aidiladha beberapa hari sahaja lagi, menunjukkan kerajaan tidak bertimbang rasa.
“Apa gunanya kerajaan laungkan slogan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan' kalau tindakan diambil langsung tidak selari umpama cakap tak serupa bikin? Rakyat marhaen mohon pimpinan negara turun sendiri ke peringkat bawah dan cuba hidup sebagai ‘orang biasa’ selama sehari.
“Hapuskanlah BR1M kalau begini cara kerajaan ambil semula bantuan ditabur itu. Saya penyokong Umno dan BN, tapi sangat kecewa dengan tindakan menaikkan harga RON95 dan diesel sebanyak 20 sen ini kerana kerajaan mempunyai pilihan lain, selain daripada kurangkan subsidi bahan bakar ini,” katanya.
Bagaimanapun, seorang penerima BR1M, Che Wan Zawawi Che Wan Jusoh, 49, tidak bersetuju bantuan itu dihentikan, sebaliknya dia menyarankan agar kerajaan mengurangkan subsidi barang kawalan lain.


--Sinar Harian

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive