31 October 2014

Lagi puting beliung di Kedah - 20 rumah rosak teruk


ORANG ramai melihat rumah yang rosak teruk akibat dilanda puting beliung dekat Alor Setar, Kedah hari ini. - KOSMO!


ALOR SETAR - Sekurang-kurangnya 20 buah rumah di beberapa kawasan di daerah ini termasuk Kampung Sungai Baru, Kampung Batin, Taman Inang dan Mergong rosak teruk akibat puting beliung dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 petang tadi.
Di Kampung Sungai Baru di Jalan Kuala Sungai di sini sebuah rumah ranap manakala sembilan lagi mengalami kerosakan teruk pada bahagian bumbung.
Seorang mangsa, Mohd. Nizam Hamzah, 46, berkata, dia sempat merakamkan pusaran puting beliung kira-kira 100 meter dari rumahnya.
"Hampir keseluruhan bumbung rumah saya diterbangkan angin.
"Saya juga nampak pusaran angin menerbangkan banyak zink dalam masa kira-kira 10 minit sebelum ia bergerak ke arah Mergong," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di Kampung Sungai Baru di sini hari ini.
Tinjauan Kosmo! mendapati puluhan rumah rosak dan banyak pokok tumbang dalam kejadian tersebut.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan - 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive