Oleh Mike Tan
Siapa Ali Abdul Jalil? Sebagai seorang rakyat Malaysia yang terlalu asyik dengan masalah sendiri, saya cuma ketahui kewujudannya dua minggu lalu.
Segala yang saya ketahui tentang Ali Abdul Jalil datangnya dari laporan berita. Dia digelar aktivis yang menjadi terkemuka kerana memuatnaik beberapa coretan di Facebook tentang Sultan di Johor dan Selangor. Dia kemudian dihumban ke penjara.
Selepas itu, dia mendapat perhatian Amnesty International yang melihatnya sebagai ‘tahanan dengan kesedaran’. Langkah diambil bagi mengelakkannya daripada menerima hukuman dan pendakwaan terpilih.
Ali dikatakan berada di Sweden dan telah mendapat permit bekerja yang diberi kerajaan di sana.
Dia telah memberi kenyataan tentang segala-galanya. Kenyataan seperti itu sering diberi pemohon suaka politik. Ali berkata kerajaan Malaysia dan sultan melayannya seperti sampah.
“Saya diugut gengster dan kumpulan rasis Melayu di Malaysia. Malaysia tidak selamat bagi saya. Polis dan gengster mengekori saya setiap masa,” ujar Ali.
Ali memang perlu bimbang tentang keselamatannya dan amat mustahak baginya memohon suaka politik di Sweden. Namun wajarkah dia digelar “tahanan dengan kesedaran”?
Melalui coretannya di Facebook, Ali mendapat gelaran itu oleh Amnesty International dan kini menyertai senarai individu-individu berprinsip.
Antaranya ialah pemenang anugerah Nobel 20101 Liu Xiaobo dari China. (http://www.amnestyusa.org/our-work/cases)
Liu ditahan 11 tahun bermula 25 Dis 2009 kerana menjadi pengarang bersama cadangan reformasi di China.
Turut termasuk dalam senarai ialah wartawan Shi Tao yang menulis dan mengirim emel ke laman sesawang pro-demokrasi AS; Jabbar Savalan yang menggunakan Facebook bagi menganjur protes di Baku Azerbaijin dan blogger Tural Abbasli yang terlibat menganjur protes anti kerajaan di negara yang sama.
Seorang yang agak menyerlah ialah Majid Tavakkoli yang juga aktivis pelajar yang menghentam kerajaan Iran.
Dia dipukul oleh pihak berkuasa pada 7 Dis 2009 selepas berucap di Universiti Amir Kabir di Tehran dan berdepan hukuman penjara lapan tahun.
Kerajaan Iran memerintah dengan zalim dan polis rahsia Basij dikenali kerana kezaliman mereka terhadap oposisi. Majid dipukul dalam serbuan pihak berkuasa terhadap protes 2009.
Mungkin jika Ali terus tinggal di Malaysia, dia akan dipukul sebegitu rupa. Malah Anwar Ibrahim juga dibelasah ketika dalam tahanan pihak berkuasa oleh KPN Abdul Rahim Noor.
Kini, apa yang mahu dilakukan Ali selepas mengecap kebebasan?
Adakah aktivisme-nya akan diteruskan melangkaui coretan di Facebook dan mengadu dilayan bak sampah? Mampukah dia menyumbang secara konstruktif dan efektif selain mengangkat sepanduk Mansuhkan Akta Hasutan?
Kini, dengan kebebasan dari tindakan opresif, apa langkah Ali seterusnya?
Memprotes sahaja merupakan langkah mudah tetapi bukan senang menjadi agen perubahan. Kini masa Ali tampil sebagai pejuang yang dinantikan semua.
Jangan kecewakan rakyat Malaysia pula.
- See more at: http://bm.theantdaily.com
No comments:
Post a Comment