05 November 2014

Himpunan mega di Dataran jika Anwar dipenjara

PUTRAJAYA 4 NOV: Naib presiden KEADILAN, Tian Chua berikrar mengadakan perhimpunan besar-besaran sekiranya ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim disabitkan dengan tuduhan Fitnah II.

Dalam ucapannya kepada penyokong di luar Istana Kehakiman, Tian Chua berkata para peserta berkenaan akan digembleng untuk hadir di Kuala Lumpur pada hujung minggu ini.
“Kita akan berhimpun di Dataran Merdeka pada hujung minggu ini sekiranya Anwar dikenakan hukuman.

“Ia akan menjadi kebangkitan rakyat dan gelombang baru untuk mempertahankan ketua pembangkang,” katanya disambut laungan slogan “reformasi” oleh para penyokong, lapor Malaysiakini.

Terdahulu, perkarangan hadapan Istana Kehakiman Putrajaya Jaya terus sesak dengan orang ramai yang berhimpun bagi menyatakan sokongan terhadap Anwar dalam rayuan terakhir kes fitnah 2 yang dihadapinya.

Mereka hadir sejak awal pagi dengan kebanyakannya berpakaian hitam dan melaungkan slogan ‘Reformasi’ serta ‘Bebas Anwar’. Selain itu, mereka turut mengadakan bacaan Yassin bagi memohon supaya Anwar dibebaskan daripada pertuduhan dihadapinya.

Beberapa pemerhati antarabangsa dari kedutaan Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman turut dilihat hadir bagi mengikuti perbicaraan mahkamah.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=63910

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive