25 November 2014

Jangan Melampau - Eina Azman

..
Nama pelakon kontroversi, Datin Paduka Eina Azman, 19, tiba-tiba menjadi bualan hangat selepas didakwa telah meletakkan kenderaan mewah miliknya, Chevrolet Camaro di salah satu tempat mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Seri Kembangan, Selangor sehingga mengganggu pengguna lain yang berada di situ.
Semalam, tersebar gambar kereta dan kenyataan mengatakan pada malam hujung minggu lalu, Eina Azman dan suami, Datuk Paduka Gurmet Singh dikatakan telah meninggalkan kenderaan itu di dalam petak pam minyak untuk menikmati makan malam di sebuah restoran makanan segera.
 Sekeping gambar menunjukkan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman yang diletakkan di tempat mengisi minyak sebuah stesen pam minyak hujung minggu lalu menjadi viral di internet.Sekeping gambar menunjukkan kereta Chevrolet Camaro milik Eina Azman yang diletakkan di tempat mengisi minyak sebuah stesen pam minyak hujung minggu lalu menjadi viral di internet.
Menerusi laporan akhbar Kosmo!, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Mimpi Cinderella ini mengakui yang kenderaan tersebut adalah miliknya dan menyifatkan sesuatu yang normal apabila memberhentikan kereta untuk mengisi minyak dan kemudian masuk ke dalam kedai untuk membeli barang.
Jelasnya, pada malam kejadian, dia dan suami dalam perjalanan ke Seremban untuk menghadiri mesyuarat. Dia meletakkan kenderaan di situ hanya dalam tempoh tidak sampai 10 minit. Dia dan suaminya masuk ke dalam kedai untuk beli barang makanan, bukan pergi ke restoran Subway untuk makan seperti yang didakwa.
"Itu adalah perkara biasa jika sedang dalam perjalanan jauh, kita akan berhenti di mana-mana stesen minyak untuk mengisi minyak ken­deraan dan membeli barang makanan. Apa yang salahnya di situ? Jika benar ada yang mengatakan saya letak kereta di situ dan dengan tanpa rasa bersalah pergi ke Subway untuk makan, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan? Mengapa hanya ambil gambar kereta sahaja. Itu tidak adil kerana ia menimbulkan fitnah kepada saya. Jika benar mahu buktikan saya benar-benar bersalah dalam hal ini, mengapa tidak ambil gambar saya sedang makan?
"Kalau betul mahu reka cerita, jangan melampau sampai tahap begini. Saya letak kenderaan betul-betul dalam kotak kuning. Bukan saya letak di tengah jalan sehingga mengganggu laluan pengguna lain untuk mengisi minyak di situ. Lagi pula jika dilihat dalam gambar tersebut, kawasan stesen pam minyak itu sangat besar dan banyak lagi lorong lain untuk mengisi minyak. Lainlah jika di belakang kereta saya ada berderet lagi kereta lain beratur. Jika saya melakukan perbuatan pentingkan diri sendiri seperti itu, ya saya tidak akan melenting kalau ada pihak cakap saya buat hal", katanya yang turut meluahkan rasa tertekan dengan isu tersebut.
"Perkara ini benar-benar buat saya tertekan. Mengapa perkara remeh sebegitu pun ada juga pihak yang tidak bertanggungjawab mahu jadikan isu? Namun, apa yang paling mengecewakan saya, ramai orang di luar sana percaya dengan cerita tersebut. Baru sahaja baca cerita itu, terus percaya tanpa mahu fikir dengan logik akal. Kalau betul ada pihak yang tidak ber­puas hati, boleh pergi periksa rakaman kamera tele­visyen tertutup (CCTV) di pam minyak tersebut. Lihat sendiri apa yang berlaku sebenarnya pada malam itu", katanya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive