06 November 2014

Lagi video kes buli, mangsa disepak tanpa belas kasihan


KUALA LUMPUR: Jika sebelum ini kita dikejutkan dengan kes buli 'Singlet Hitam' kini satu lagi video buli yang terbaru telah dimuat naik di laman Youtube, laman web Siakapkeli dipetik.

Siakapkeli melaporkan, dari video yang berdurasi selama lebih 6 minit itu, kelihatan seorang budak lelaki dibuli oleh beberapa lelaki yang lebih senior di dalam sebuah bilik yang dipercayai asrama.

Mangsa buli itu dipukul berkali-kali menggunakan tangan dan kaki, biarpun mangsa menangis dan menjerit kesakitan tetapi tidak diendahkan.

Kelihatan juga kumpulan yang memukul itu bersuka ria membuli mangsa berjoget-joget sambil mendengar muzik.

Bagaimanapun, Siakapkeli menyatakan tidak dapat dipastikan di mana insiden buli itu berlaku tetapi dengan muka mangsa dan pemukul jelas kelihatan di dalam video tersebut, pihak berkuasa pasti dapat menyelesaikan kes itu.


4 drp 7 remaja berusia 13-15 tahun disyaki terlibat dlm video buli yg disebarkan hadir di Mahkamah Majistret Kangar utk pendakwaan ptg ini - [Khamis 6/11/14]

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive