04 November 2014

PAS parti paling lemah dan sering dipersalahkan

Kedudukan PAS sebagai parti paling lemah dalam PR antara faktor parti itu sering dilihat seolah-olah tidak dihormati DAP dan PKR.
Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, atas sebab itu juga PAS sering menjadi kambing hitam untuk dipersalahkan dalam isu yang menjadi perdebatan antara ketiga-tiga parti.
“Dalam politik, ia adalah satu strategi yang biasa untuk menyalahkan seseorang yang lemah. PAS dalam PR adalah kambing hitam kerana mereka parti paling lemah.
“Jadi amat mudah untuk menuding jari kepada Pas untuk semua kesalahan,” katanya.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas beberapa kes dalam PR apabila PAS menjadi ‘mangsa’ kepada DAP dan PKR.
Ia termasuklah sindiran Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng baru-baru ini yang seolah-olah merujuk PAS sebagai parti yang 'cakap tidak serupa bikin' kerana membuat keputusan yang berubah-ubah.
Bagaimanapun, Azmi berkata, situasi itu berlaku kepada PAS kerana keadaan dalam PR sendiri yang ada banyak agenda tersembunyi.
“Mereka (PR) sukar untuk bersetuju antara satu sama lain. Keadaan itu memaksa PAS dan sebab itu PAS terpaksa membuat keputusan yang tidak menjurus kepada keputusan yang dibuat sebelum ini.
"Dalam masa sama PAS terpaksa menjaga kepentingan parti mereka. Tetapi kalau objektif PR sendiri kucar-kacir dan tidak berubah, maka ia bukan saja akan menimpa Pas tetapi juga DAP dan PKR,” katanya kepada Sinar.
Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan yang perlu dilakukan oleh Pas ialah berani mengemukakan kepentingan parti mereka.
“Semua orang tahu PAS memerlukan PR dan PR juga sedikit sebanyak memerlukan Pas. Jadi Pas perlu lebih bijak bermain politik.
“Namun, paling penting ialah PAS perlu buat keputusan yang dipersetujui semua ahli dalam parti itu. Ini yang perlu diperbaiki dulu kerana ia menjadi punca perpecahan PAS,” katanya.-4/11/2014

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive