02 November 2014

PPM KOTA TINGGI GAGALKAN CUBAAN SAMUN SEKUMPULAN LANUN

Kota Tinggi, 2 Nov - Cubaan sekumpulan lelaki yang merancang melakukan samun ke atas sebuah kapal tanker tidak kesampaian apabila dicekup sepasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 4 yang menjalankan Operasi Pensura tidak jauh dari Teluk Ramunia, kelmarin.

Seramai 13 lelaki warga Indonesia berumur lingkungan 26 hingga 55 tahun itu ditahan bersama-sama sebuah kapal dan bot laju semasa dalam perjalanan ke Pulau Lima, Kota Tinggi.

Hasil pemeriksaan lanjut ke atas kedua-dua kapal berkenaan telah menemui beberapa peralatan dipercayai untuk digunakan bagi tujuan samun antaranya parang, topeng muka, kabel pengikat dan telefon satelit.

Siasatan awal mendapati kesemua mereka dipercayai sedang merancang untuk melakukan samun ke atas sebuah kapal 
yang dikenali sebagai MT Berjaya di Pulau Lima berdasarkan keterangan awal yang diperolehi seorang daripada suspek dan teks khidmat pesanan ringkas di telefon bimbit.

Kesemua 13 orang warga Indonesia itu ditahan dan dibawa ke Balai Polis Pengerang bersama-sama peralatan dan kapal yang dirampas untuk tindakan lanjut. - PDRM 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive