01 November 2014

Mayat lelaki ditemui terapung di sungai dekat Kulim

KULIM - Mayat seorang lelaki yang tidak dikenali ditemui terapung di tebing sungai berhampiran Taman Kijang, Lunas dekat sini hari ini.


Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Abdullah Arshad berkata, mayat lelaki yang berpakaian sukan lengkap itu ditemui orang awam.
Beliau berkata, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim menaikkan mayat ke darat pada pukul 9.40 pagi.
"Mayat tersebut ketika ditemui berpakaian trek biru, berbaju kemeja-T lengan panjang berwarna hitam, berusia lingkungan 40-an. Tiada sebarang kesan lebam atau kesan dipukul pada tubuh mangsa," katanya ketika dihubungi hari ini.
Katanya, pihak polis yakin lelaki tersebut adalah orang tempatan dan mayatnya dihantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Tambah Abdullah, polis tidak menjumpai sebarang dokumen pada diri mangsa dan tidak dapat mengenal pasti keturunan mangsa.
Sesiapa yang kehilangan anggota keluarga diminta menghubungi balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kulim di talian 04-4906222. - Bernama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive