01 November 2014

Fatwa sesatkan Sisters in Islam: Kenapa takut berhujah?


SISTiga bulan lepas, negeri Selangor telah mengeluarkan fatwa bahawa Sisters in Islam (SIS) adalah sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam atas dasar pemikiran liberalisme dan pluralisme agama.
Sementara itu, pada tahun 2006 Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa tentang pemikiran liberal yang mengandungi ciri-ciri pemikiran liberal dan memutuskan bahawa Aliran Pemikiran Liberal adalah ajaran sesat dan menyeleweng daripada Syariat Islam.
Tulisan ini bukanlah hendak menghukum atau menentang fatwa tersebut tetapi saya hanya ingin mengutarakan beberapa hal berkaitan fatwa tersebut.
Menurut Yusuf Al-Qardawi dalam bukunya Zahirah al-Ghulu fi al-Takfir, beliau menyebut:
'' Adapun berhubung dengan perkara yang berkaitan dengan peribadi seseorang yang dituduh dengan sesuatu, wajib mengambil masa untuk membuat kepastian dan kesabitan tentang hakikat sebenar pendiriannya. Hal ini dilakukan dengan cara menyoal atau berbincang dengannya sehingga ditegakkan hujah, tiada lagi unsur syubhat (keraguan) dan tiada lagi keuzuran untuknya.''
Persoalan saya di sini: Apakah pihak yang bertanggungjawab mengeluarkan fatwa tersebut telah berjumpa dan berbincang dengan SIS Forum sebelum memfatwakan mereka sebagai sesat dan menyeleweng daripada ajaran Islam? Apakah perkataan atau perbuatan SIS Forum yang menjadi rujukan pihak tersebut sehingga dikira sebagai sesat? Ini kerana dalam fatwa tidak disebut langsung berkenaan sebab mengapa SIS Forum difatwakan sesat.
Jika fatwa itu disandarkan atas sebab perkataan atau perbuatan SIS yang menyeleweng daripada ajaran Islam, maka perkataan atau perbuatan itu perlu dinyatakan dan diberikan dalil-dalil mengapa perkataan atau perbuatan itu dikira sesat dan menyeleweng.
Adalah tidak adil jika SIS Forum difatwakan sesat atas pendirian, perkataan dan perbuatan mereka tanpa menegakkan hujah sendiri dengan mengadakan perbincangan atau diskusi dengan SIS Forum.
Ia seolah-olah memberi gambaran negatif kepada imej Islam di negara ini apabila pihak bertanggungjawab boleh mengeluarkan fatwa bahawa seseorang itu adalah sesat tanpa berbincang dan berjumpa dengan individu terlebih dahulu.
Perincian dan penjelasan lanjut perlu dimaklumkan sebelum sesuatu pihak itu dituduh sesat atau menyeleweng daripada ajaran Islam kerana ini merupakan soal akidah yang tidak boleh diselesaikan dengan menggunakan pendekatan 'simplistic thinking' atau menuduh tanpa sebarang penjelasan atau bukti.
Di Indonesia, fatwa mengharamkan pluralisme dan liberalisme juga telah dikeluarkan pada tahun 2005 tetapi fatwa yang dikeluarkan tidak menuduh mana-mana pihak sebagai sesat atau menyeleweng daripada ajaran Islam. Bahkan fatwa tersebut dikeluarkan bersama dengan penjelasan lanjut yang mendiskusikan beberapa perkara seperti perbezaan antara pluralisme agama dan pluralitas agama.
Fatwa Indonesia itu juga menetapkan bahawa dalam masalah aqidah dan ibadah, umat Islam wajib bersifat ekslusif tetapi dalam masalah sosial yang melibatkan masyarakat berbilang agama, umat Islam perlu bersifat inklusif yakni tetap melakukan pergaulan sosial dengan pemeluk agama lain selagi mana ia tidak merugikan.
Sekiranya sesuatu fatwa yang memfatwakan seseorang atau sesuatu pihak sebagai sesat hendak dikeluarkan, adalah lebih baik sekiranya pihak tersebut dibawa berbincang, diberi peluang untuk mengutarakan hujah-hujah dan pada masa yang sama mengambil peluang untuk menegakkan hujah sendiri dan memberi penjelasan.
Bukankah keadilan itu lebih hampir kepada taqwa?
''Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil(kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa.'' Al-Maidah, ayat 8.
Kalau ada hujah, kenapa perlu takut?

2 comments:

Anonymous said...

nak tahu juga apa yang sis perjuangkan selama ini ....

Anonymous said...

.

.

.


Sis mengkritik undang undang Allah

fasal lelaki bolih kahwin

lebih dari satu. Fakta yang mereka

mengkritik undang undang Allah

jatuhkan mereka ke lembah

kemurtadan.

Rujuk penulisan Mohammad

Qutub- Islam The misunderstood

Religion. buku ini bolih di baca

online!


Sis berbangga dengan geng Nadatul

Ulama yang di taja dek Brader

Anwar untuk memberi satu 'talk'

di UIA di dalam set penulisan dari

geng mereka di dalam 'The

Nutgraph'. Saya bawa pandangan

tuan ke satu interbiu yang

diadakan semasa Gus Dur chief NU

beri kepada Foreign Press selepas

saja beliau di lantik presiden

Indonesia. Foreign Press tanya

Gus pasal apa dia bercamping

di kuburan bapa/datonya selama 2

minggu?
.

Jawapan Gus-' saya mahu

berkomunikasi dengan roh

ancestor saya'

.

Amalan kurafat atau paganisma

tidak ada di dalam Islam.

Ingatlah cerita Nabi Ibrahim yang

merusakkan semua patong di

dalam berhala melainkan satu. Bila

ditanya olih orang ramai

siapa yang rusakkan patong patong

tersebut, ujar Nabi Ibrahim:

' tanyalah patong tunggal yang

tak terusik itu..'

.
Pengajarannya- Islam itu simple ,

mudah tak complicated and

tidak berkompromi dengan hiasan

/tambahan [embellishment] yang

tidak ada di dalam Al Quran. Olih

itu anggaplah either u are in

Islam or out of Islam- tidak

ada grey area di dalamnya.

.

Jadi komentar Mat Pantat Zaid Ibra

bolih ditongsampahkan. Test untuk

kebenaran adalah- 'adakah isu

/perkara itu ada di dalam Quran?'

if yes- ok

kalau no- konsep itu

ditongsampahkan
.

Sayugia dingatkan Zaid tidak

menunjukkan integriti bila dia

menyokong perlantikan Hamid

Omar sebagai ketua hakim selepas

Tun Salleh dibuang dek mahathir.

Apakah tujuan Zaid ia iab benar

nak bodek Mahathir? nak lobi jadi

hakim? Yang bagusnya Mahathir tak

layan. Saya rasa Mahathir yang

bijaksana tahu apa yang

dia buat itu bukan murni dan

sokongan untuk angkara kotor

sedemikian tak perlu di

kerohkan dengan melayan si Zaid.

,

Macam juga isu Allah. Kalau terima

konsep tuhan itu satu, apa perlu

dengar hujah 'ulama besar' yang

konpius dan jelas tak terima konsep

surah Al Ikhlas? Walau siapa pun

yang buat hujah , seorang pemikir

mesti berani mendukung

pendiriannya kalau ia confident

apa yang ia faham itu benar.

Ingat apa di peringat di dalam

Alquran beberapa kali-

Allah benci orang yang tak

gunakan akal!



Confidence menegakkan konsep

menunjukkan achievement in

thinking, maturity of thought ,

accomplishment of learning

endeavours [ bukan jadi mat turut]

yang akan ikut berteriak-'yes sir,

yes sir , 3 bags full! [ dari

cerita Ba Ba Black Sheep].
.

Di dalam hal ini lihat bagaimana

member Foreign Press menunjukkan

pemikiran Islam

dan di sebelah sana Gus Dur

[ claim Islam ] tapi tunjuk ciri

ciri paganisma!




Seperkara lagi ada mat mat Politik

- Brader Anwar, kalid samat yang

menggunakan pseudo -islamic

expert yang ada kemungkinan besar

bukan Islam dan mengelirukan.

Professor Aslan dilahirkan islam

dan murtad selepas menghadiri

satu teen camp dan

selepas itu mengkristenkan ibunya

dan kumpulan lain sebagai da'i

katolik.

Di dalam interview dengan CNN

Aslan status Islamnya tidak dapat

di'confirmkan'

kerana jawapan kabur yang diberi

olihnya. {rujuk Google}

Marina Mahathir mengahwini mat

Indon , Tara Sosrowardoyo yang

status agamanya tak pernah

di'siarkan'

Menurut google search , dari kerja

[commisssions ] yang dia jalankan

besar kemungkinan tara adalah

sorang kristen jua. Jadi adalah

wajar jika Marina perjuangkan

liberalisma dia perlu istihar

status suaminya dengan jelas dan

kepentingan beliau di dalam

agenda kristenisma.



http://www.bing.com/search?q=tara%20sosrowardoyo%20church%20works

.


.
khong khek khuat

.

.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive