01 November 2014

Bukan aku kata tapi Najib yang kata ... Umno Selangor lembab

Najib Razak

KUALA LUMPUR 1 Nov - Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak hari ini membidas gerak kerja UMNO Selangor yang disifatkannya masih lembab dalammenambat hati rakyat dan pengundi di negeri itu.

Perdana Menteri itu berkata, ketika Pakatan Pembangkang di Selangor bergolak dengan pelbagai isu, UMNO Selangor sepatutnya mengambil kesempatan ini untuk mendekati rakyat ketika gabungan parti pembangkang sedang berhadapan dengan krisis yang semakin tenat.

"Saya minta maaf sebab terpaksa bercakap dalam nada begini.


Tetapi saya perlu berterus terang dan jujur," katanya ketika merasmikan Konvensyen UMNO Selangor di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, tengahari tadi.

Najib mengakui agak malu, letih, perit dan serik dengan kemelut politik UMNO Selangor yang masih tidak selesai sehingga menyebabkan kekalahan pada dua pilihan raya sebelum ini

Beliau turut berharap perkara sedemikian tidak berlaku lagi pada masa hadapan kerana merampas Selangor mesti menjadi kemestian utama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive