KUALA LUMPUR: Ribuan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang sudah mula membanjiri pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil pagi ini bagi mengikuti perlawanan akhir Piala Malaysia antara kedua-dua pasukan, malam ini.
Tinjauan BH Online di lokasi mendapati ramai di kalangan penyokong yang ditemui menjelaskan sudah tiba di stadium berkenaan sejak jam 7 pagi tadi lagi.
Bagi penyokong yang tiba awal, mereka mengisi kesempatan itu untuk membeli pelbagai koleksi aksesori termasuk jersey dan t-shirt pasukan masing-masing.
Pintu stadium dijangka mula dibuka untuk kedua-dua penyokong jam 3 petang ini.
Laluan di hadapan pintu masuk utama stadium juga kelihatan sudah mula sesak dengan kenderaan dan bas yang membawa penyokong.
Anggota trafik mula mengawal lalu lintas di semua laluan masuk ke stadium bagi memastikan arah trafik lancar.
Kehadiran penyokong dijangka terus meningkat menjelang tengah hari ini.
1 comment:
Cer suruh dengar ceramah kat Masjid Negara...Adakah mereka yang berasal dari Pahang dan Johor ini akan berpusu2 datang seawal jam 3 petang seperti ini?
Post a Comment