24 November 2014

Rasuah Seks: Trend 'Mata Wang' Masa Kini?


TERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit ‘menyeronokkan’ kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu/Pic:news.comTERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit ‘menyeronokkan’ kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu/Pic:news.comTERKINI jenayah kolar putih dilihat memasuki fasa yang lebih parah tetapi sedikit ‘menyeronokkan’ kepada pelaku apabila suapan membabitkan perkhidmatan seks mula dikesan dalam kalangan individu tertentu.
Penganalisis jenayah Kamal Affandi Hashim berkata, tindakan individu meminta habuan rasuah dalam bentuk seks disifatkan sebagai perkara lazim yang berlaku disebalik pandangan umum.
Katanya, masyarakat umum beranggapan perkara ini tidak timbul ekoran kadar laporan yang dibuat adalah rendah memandangkan ia hanya melibatkan dua pihak.
“Rasuah seks tidak terbongkar kerana ia terlampau jarang terjadi atau dilaporkan, maka kita beranggapan ianya tidak berlaku. Namun sebenarnya ia adalah bentuk rasuah yang lazim terjadi.
“Ekoran tiada laporan dibuat maka menyukarkan perkara tersebut dihidu pihak berkuasa,” katanya ketika dihubungi Malaysian Digest.
Pada minggu lalu, media melaporkan seorang pegawai kanan Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas dua tuduhan meminta dan memperoleh rasuah berbentuk layanan seks daripada seorang wanita berusia 20-an sebagai dorongan mempercepat proses permohonan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).
Bagaimanapun, suspek mengaku tidak bersalah atas kedua pertuduhan tersebut yang mana jika disabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi.
Terpaksa - Habuan Seks Sebagai Gantian
Menurut Kamal Affandi, beliau tidak menolak kemungkinan insentif seks yang diberikan adalah habuan gantian kepada bentuk suapan lain yang terpaksa ditunaikan atas faktor tidak berkemampuan.

“Adalah satu perkara munasabah penerima rasuah mencari inisiatif lain selain menerima suapan berbentuk material seperti wang dengan meminta habuan seks memandangkan pemberi mungkin tidak berkemampuan.KAMAL Affandi: “Rasuah seks tidak terbongkar kerana ia terlampau jarang terjadi atau dilaporkan, maka kita beranggapan ianya tidak berlaku. Namun sebenarnya ia adalah bentuk rasuah yang lazim terjadi"KAMAL Affandi: “Rasuah seks tidak terbongkar kerana ia terlampau jarang terjadi atau dilaporkan, maka kita beranggapan ianya tidak berlaku. Namun sebenarnya ia adalah bentuk rasuah yang lazim terjadi"
“Sebagai galang ganti kepada mereka yang tidak mempunyai kedudukan atau kewangan, suspek meminta perkhidmatan seks dan dalam konteks ini, pemberi mungkin terpaksa menunaikannya bagi mendapatkan keperluan tertentu,” jelasnya.
Katanya, habuan seks yang diterima pihak terbabit tidak boleh disifatkan sebagai konspirasi untuk menjatuhkan kredibiliti seseorang pegawai kerajaan mahupun swasta memandangkan ia melibatkan perancangan kedua pihak.
Sebagai pengajaran, beliau menyatakan individu yang dituduh terlibat dalam perkara jijik seperti ini perlu berhadapan dengan hukuman lebih berat.
Kesalahan Meminta Rasuah Termasuk Merogol
“Tindakan juga sepatutnya diambil dari sudut undang-undang lain seperti kanun keseksaan yang mana melibatkan dua kesalahan iaitu menerima suapan dan juga tuduhan merogol jika mangsa dipaksa suspek,” katanya.
Tambahnya, siasatan mengemukakan tuduhan dari sudut rogol perlu sekiranya kerelaan mangsa memberi layanan didapati dengan cara paksaan.
Bagaimanapun, perkara ini boleh dicegah sekiranya pihak yang terbabit melaporkan insiden itu meskipun perbuatan seks belum dilakukan.
Katanya, sebarang pelawaan atau permintaan membabitkan satu-satu urusan diiktiraf sebagai meminta suapan.
Mereka yang tergolong dalam jenayah seperti ini boleh disabitkan kesalahan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengaibkan golongan wanita atas permintaan seks.
Kes - Kes Terima Habuan Seks
Mengikut satu laporan media pada Jun 2010 mendedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan pegawai kanan kerajaan negeri Melaka berikutan dakwaan menerima rasuah seks untuk meluluskan operasi sebuah kedai makan.
Difahamkan, pegawai terbabit meminta habuan seks dengan persetujuan mangsa sendiri sehingga berjaya mendapatkan kedai makan tersebut.
Pada Ogos 2008 pula, SPRM mendakwa Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan berhubung skandal rasuah bernilai RM180 juta dan menerima habuan seks daripada seorang wanita warga China membabitkan projek membangunkan tanah seluas 36 hektar di Seri Iskandar.
Dalam perkembangan luar negara, satu portal berita pada awal tahun lalu melaporkan seorang bekas ketua polis bahagian narkotik Singapura didakwa meminta habuan seks oral daripada seorang eksekutif jualan sistem komputer bertujuan meluluskan kontrak bersama kerajaan.
Gubal Undang-Undang Baru
Sementara itu, Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berpendapat, satu akta baru perlu digubal dan dibentangkan kerajaan yang mengkhususkan kepada rasuah seks.
Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli Presiden Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar RamliMenurutnya, akta rasuah yang sedia ada kini dilihat secara umum dan lebih kepada hukuman kepada pesalah yang terlibat menerima habuan dalam bentuk material tanpa memfokuskan kepada suapan seks.
Jelasnya, kemungkinan statistik melibatkan rasuah seks dengan suapan dalam bentuk material mahupun penyalahgunaan kuasa adalah hampir sama tetapi tidak dihebahkan kepada pihak tertentu.
“Kemungkinan persamaan rasuah seks dengan rasuah lain adalah hampir.
“Kebiasaannya rasuah seks tidak membabitkan projek berskala besar jika dibandingkan dengan suapan yang diterima dalam bentuk wang ringgit,” katanya.
SPRM Komited Banteras Rasuah
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata, pihak SPRM telah mengeluarkan arahan dimana pesalah rasuah yang terbukti terlibat perlu didakwa di bawah dua pertuduhan secara serentak.
Akta yang dimaksudkan adalah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 bersama Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2011.
Menurutnya dalam satu laporan media baru-baru ini, langkah mengenakan dua pendakwaan serentak itu adalah bertujuan memastikan hukuman lebih berat dikenakan ke atas pesalah memandangkan pendakwaan sedia ada dilihat belum cukup menggentarkan mereka.Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull/Pic:BHTimbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull/Pic:BH
Sebelum ini dilaporkan, sejumlah 5,517 kes rasuah bernilai kurang RM1,000 hingga lebih RM1 juta disiasat SPRM sepanjang tempoh 2009 hingga 2013.
Namun, statistik rasuah membabitkan seks tidak dikeluarkan secara spesifik.




- mD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive