16 November 2014

'Saya bapok, saya maknyah, jadi?'


'Saya bapok, saya maknyah, jadi?'
Mereka menang di mahkamah tetapi masih kalah daripada aspek penerimaan orang ramai.
Apakah sebenarnya yang dirasai oleh golongan transgender, yang lebih dikenali sebagai bapuk, mak nyah atau pondan ini?
Muhammad Izat Hasmi, seorang transgender yang ditemui Malaysiakini di Batang Kali, Selangor mengakui, menjadi seperti dirinya perkara yang sukar.
Katanya, beliau mengalami krisis identiti sejak kecil dan mula mengubah penampilan diri kepada wanita ketika berusia 18 tahun.
Izat, 25, ketika ditemui berpakaian wanita, dalam baju merah dan jaket hitam serta olesan alat solek di wajah, sekali di imbas seperti seorang wanita sempurna.
Keluar daripada tanggapan klise bahawa trangender seorang pekerja seks, Izat yang dikenali di kalangan rakan-rakannya sebagai “Girl Girl”, sebaliknya pernah bekerja sebagai pembantu makmal di sebuah hospital di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun, akibat tidak tahan dengan teguran kasar dan kurang sopan yang dilontarkan, beliau akhirnya berhenti kerja.
“Saya ada dinasihati tetapi kebanyakannya melalui cara kasar, dengan niat untuk membuat saya terasa.
“Mereka cakap pondan tak boleh masuk syurga. Tapi mereka tu tuhan ke?”ujarnya sambil membetulkan rambutnya.
Menceritakan masalahnya sebagai seorang transgender, Girl Girl berkata kebiasaannya mereka mengalami masalah ketika menunjukkan identiti, seperti untuk membuat kad pengenalan dan lesen memandu.
“Biasanya hal yang melibatkan jantina mereka akan lihat saya atas bawah, mungkin kerana saya lain daripada lelaki tulen,” jelasnya yang tidak lekang dengan senyuman.
Bukan itu sahaja, beliau juga tidak nampak masa depannya yang cerah di negara ini kerana undang-undang sedia ada di Malaysia.
“Saya tahu, untuk golongan macam saya ini kami tidak ada apa-apa pilihan melainkan berubah namun kerajaan haruslah beri kelonggaran kepada kami, jangan main tangkap kami.
"Apa salah kami? Kami tak melakukan jenayah,” kata Izat.
Beliau berharap sebelum sebarang penguatkuasaan dibuat, kerajaan harus memahami naluri mereka terlebih dahulu.
Mengaku ada 'anu'
Walaupun berperwatakan perempuan, Izat tidak membuat pembedahan untuk menukar jantina dan atas faktor agama membayangkan tidak akan melakukannya.
“Jujur ya, saya tidak pernah membuat pembedahan, saya masih ada anu, saya cuma ambil hormon.
“Saya sedar, agama kita tidak benarkan kita tukar alat kelamin sebab nanti kita mati, kita akan kembali sebagaimana kita diciptakan,”katanya yang sedar mengenai kehendak agama
Beliau juga berkata sudah lali diejek masyarakat dan kini hanya menerimanya sahaja
“Pada awalnya saya memang marah, tapi nak buat macam mana kami ini memang dipandang hina
“I am bapuk, I am mak nyah, so what? (Saya bapok, saya mak nyak, jadi?)” ujarnya disambut dengan tawa temannya.
Azad jadi lelaki
Izat ditemani rakannya Azad Abdullah yang juga seorang trangender tetapi akhirnya memilih menjadi seorang lelaki sejati dengan berkahwin.
Lelaki 37 tahun itu berkata, beliau mengalami konflik identiti sejak berusia 6 tahun lagi apabila “dilahirkan lembut”.
“Saya turut diusir daripada rumah ketika berusia 15 tahun bila keluarga tidak dapat terima saya,”ujar Azad memulakan bicara.
Bagaimanapun, beliau diterima semula apabila pulang ke rumah selepas tamat pengajian universiti.
“Tipulah kalau keluarga dapat terima saya, ada marah-marah namun kerana sudah lama, mereka boleh menerima saya.
“Habis universiti, saya mula bekerja dan saya sara ibu bapa saya,”katanya.
Azad yang bekerja sebagai juru solek perkahwinan akan melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dengan wanita yang boleh menerima keadaan dirinya.
“Alhamdulillah, ada yang sudi terima saya dan memahami saya,” katanya.
“Selepas 31 tahun berperang dengan perasaan sendiri saya akhirnya jumpa jalan yang terbaik iaitu berubah.”
Walaupun memilih jalannya sendiri, beliau masih mempunyai rasa simpati terhadap teman-teman transgender yang masih bergelut dengan pelbagai cabaran, termasuk undang-undang.
Mahkamah Rayuan Putrajaya pada 7 November memutuskan bahawa seksyen yang yang memperuntukkan hukuman ke atas lelaki Islam berpakaian wanita bercanggah dengan perlembagaan dan terbatal.
Ia secara tidak langsung mengiktiraf hak golongan transgender dan disambut gembira oleh aktivis dan golongan itu.
Izat menyambut baik keputusan kes itu dan menganggap mahkamah mendengar rintihan insan sebegitu.
Diam seketika dan tersenyum, dia akhirnya berkata: "Harapan baru buat golongan “transgender”. -M'kini

1 comment:

Anonymous said...

.


.


Sudah masanya Ajensi di bawah

gomen Najib-bini kaji masalah

problem transgender nih dan

gubal dasar membantu mereka yang

terjerumus di dalam masalah ini.
.

JAbatan Pendaftaran patut

kaji adakan gender X [seperti

Australia] dan buatsatu

plan reconsiliasi untuk

mengklasifikasi geng mereka.
.

Ada mat pantat macam senusu Joned

yang kata melayu hebat.

kalau betul hebat , janganlah

ketinggalan dek zaman. Takkan

semua isu kena ada dalam koran

baru mat jabatan agama bolih

buat dasar, High time-mat

politik buat undang undang yang

bolih atasi masalah transgender

ini. Loyar loyar melayu

macam geng PPMM tak payahlah buat

kerja mengampu PM bila

ianya membuat karenah karut-macam

kes Zaid sokong perlantikan

TUN Omar sebagai Ketua hakim.

Loyar loyar kena tunjuk

cerdik- bukan tunjuk tocang! [A

Sharom] Buat Forum suggest pada

gomen apa patut dibuat. Michael

Din [marimakan] patut buat proper

paper pasal masalah maknya bukan

cerita pasal Azmi Tochang!

.

.





.khong khek khuat


.

khong khek khuatall

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive