05 November 2014

Tuduh PAS sesat, Umno alim sangatkah?


Oleh Amirrul Jeffery Igai

Bertutur dalam bahasa melayu sejak dilahirkan tidak semestinya membawa seseorang itu mahir dalam berbahasa Malaysia bila meningkat dewasa.Penutur yang merojakkan bahasa atau mencampuradukkan bahasa dalam perbualan seharian dan pengucapan umum adalah salah satu contoh yang jelas.


Penutur bahasa Malaysia sederhana rendah hanya mampu membaca maksud yang tersurat

Bagi penutur bahasa Malaysia yang sederhana tinggi mungkin mampu membaca maksud yang tersirat.


Bagi penutur bahasa Malaysia kelas tinggi berkebolehan untuk menghuraikan secara tepat apa isi kandungan yang ingin disampaikan dalam karya agung A.Samad Said, (Dr) Kamaludin Muhammad atau Keris Mas, Usman Awang, Ahmad Kamal Abdullah atau Kemala dan Muhammad Dahlan Abdul Biang atau Arena Wati dalam bentuk tulisan panjang lebar.

Ini hanyalah sebahagian daripada nama sasterawan negara.

Salah satu contoh gerombolan penutur bahasa Malaysia aras sederhana rendah dalam Malaysia terdapat dalam parti siasah bernama Umno.

Kalau Tuan Guru Haji hadi Awang melakarkan sajak atau pantun untuk menyerang Umno, gerombolan ahli parti ketuanan melayu ini hanya mampu terkebil-kebil sahaja.

Andai Tuan Guru Nik Aziz bermadah pujangga untuk menyindir Umno barangkali pada Umno beranggapan Tuan Guru ini mengembuskan asap candu untuk memuji dan menyanjung tinggi parti ketuanan melayu.

Tapi gerombolan Tok guru ini menyerang Umno bukan dengan sajak, pantun atau madah pujangga. Hanya menggunakan bahasa halus dan tersirat.

Kerana ahli parti Umno hanya mampu bertutur dalam bahasa sederhana rendah, maka gerombolan ahli parti ini cuma mampu membaca makna yang tersurat dan gagal untuk memahami secara tersirat dan menyeluruh.

Pertama, Ayat tersurat Parti PAS yang dibaca dan mampu difahami Umno ialah, mengatakan sembelihan orang Umno tidak boleh dimakan.

Pada hakikatnya maksud tersirat yang PAS ingin sampaikan ialah hasil duit yang diperoleh daripada sumber yang meragukan seperti dilaburkan dalam industri perjudian dan hasil daripada industri penjualan arak yang dipungut melalui cukai boleh dimakan orang islam atau tidak?

Kedua, apabila PAS mengatakan imam yang digaji Umno tidak sah menikahkan anak kita, ia hanyalah kenyataan yang tersurat. Tapi PAS tidak memaksudkannya.

Makna tersirat yang PAS ingin sampaikan ialah, pertikaian dan perdebatan dalam Islam tentang gaji yang dibayar Umno kepada imam terbabit datangnya punca kewangan dari mana? Adakah dari sumber cukai arak atau cukai judi? Atau hasil cukai lendir? Sah atau bagaimana?

Atas sebab Umno hanya mampu bertutur dan memahami bahasa Malaysia aras sederhana rendah, dengan secara menggelabah, Umno menuduh Parti PAS ini membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat islam.

Barisan ayat tersurat yang saling dilemparkan secara bertukar-tukar terhadap dua parti politik melayu ini cuma strategi perang untuk meraih sokongan rakyat.

Contoh paling dekat dengan masyarakat dahulu kala ialah, apabila Bidan (mid-wife) A menuduh Bidan (mid-wife) B ada membela saka (spiritual parasites) untuk membantunya dalam menolong ibu yang ingin melahirkan anak, dan menyebarkannya kepada penduduk kampong.

Begitu juga dengan Bidan B menuduh Bidan A membela saka (spiritual parasites) dan menyebarkannya kepada masyarakat setempat.

Matlamat dan objektifnya hanya satu, iaitu membuatkan ibu yang ingin melahirkan anak tersebut takut dan beralih kepada Bidan tersebut untuk mendapatkan perkhidmatan. Mudah sahaja.

Strategi yang sama digunakan dua parti politik melayu terbesar negara dalam meraih sokongan orang islam.

Kedua-dua parti ini berperang saraf sesama sendiri untuk mengumpul pengikut dan memberitahu kepada rakyat, parti mana yang mampu membela akidah, iman dan nasib orang melayu.

Atas sebab Umno ingin menjadi jaguh orang melayu dan islam maka Umno dengan terdesak menuduh PAS parti yang membawa ajaran sesat dan memesongkan akidah umat islam.

Walaupun kita sedar akidah, kiblat dan pegangan Umno hanya pada wang ringgit, kekayaan harta, rasuah, pangkat dan darjat.

Dengan Umno menuduh PAS parti yang membawa ajaran sesat, objektifnya hanya satu.

Iaitu menakut-nakutkan orang melayu dan islam dan berharap mereka menyokong dan menjadi ahli Umno.

Kerana orang melayu dan islam takut akidah mereka terpesong maka mereka diwajibkan menyokong Umno.

Senario dan permainan yang sama disajikan Umno dalam Perhimpunan Agung Umno yang lepas, Naib Presiden Unmo menuduh pemimpin kanan PAS terlibat dengan Syiah.

Kerana orang melayu dan islam di negara ini begitu alergik dan takut dengan Syiah maka strategi tersebut adalah yang paling ampuh.

Bila pemimpin PAS dikisahkan kononnya mempunyai kaitan dengan Syiah, Umno berharap rakyat akan takut dan datang mencari Umno untuk mendapatkan perlindungan demi menyelamatkan akidah mereka daripada disongsangkan.

Kesudahannya, bukti yang dikemukakan pemimpin Umno tersebut cuma bukti separuh masak dan tiada asas.

Kalau dalam mengukur tahap akidah dan iman dapat dilihat melalui berapa banyak surau dan masjid yang didirikan menurut kamus Umno alangkah indahya dunia.

Umno tidak sedar duit yang mereka gunakan untuk membina surau dan masjid datangnya daripada dana awam dan duit rakyat.

Atas sebab Umno yang berkuasa, maka duit tiada masalah bagi mereka.

Umno menuduh taman asuhan kanak-kanak yang didirikan PAS merosakkan minda kanak-kanak, tapi Umno gagal cermin diri bagaimana para pelajar dan pensyarah dalam Universiti awam dikongkong untuk bersuara, melahirkan pendapat dan berfikir secara bebas.

Barang siapa yang dilihat bertentangan dengan aliran pemikiran Umno akan dikenakan tindakan dan ditamatkan kontrak perkhidmatan.

Buat PAS, usah membuang masa mengajak Umno berdebat tentang siapa yang sesat, siapa yang betul akidah dan siapa yang lebih alim.

Lebih baik masa itu dimanafaatkan untuk memantapkan dan meningkatkan keupayaan parti.

Melamar Umno untuk berdebat pun tidak berguna, sebab berdebat bukan budaya Umno.

Ini bukan fitnah di dalam gelap, sebab presiden Umno sendiri yang pernah mengatakan debat bukan budaya kita.

Kita dalam konteks ini ialah Umno, bukan kita rakyat Malaysia.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive