10 December 2014

Anjur Pidato Anwar: Dua Pelajar UM Digantung Pengajian



Diterbitkan: Rabu, 10 Disember 2014 9:44 AM

PETALING JAYA: Universiti Malaya (UM) didakwa telah menggantung dan mendenda dua daripada pelajarnya yang dikenali sebagai UM8 kerana menganjurkan perhimpunan haram yang menyaksikan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berjaya memasuki kampus berkenaan tanpa kebenaran pihak universiti.

Dalam posting terbaru, di akaun Facebook miliknya, bekas Presiden Persatuan Mahasiswa Pelajar Universiti Malaya (PMUM) Fahmi Zainol mendakwa dia telah digantung selama dua semester dan didenda sebanyak RM600, sementra Presiden Pro-Mahasiswa UM, Safwan Shamsuddin pula digantung selama satu semester dan didenda.

Menurut Fahmi, seramai empat lagi pelajar turut dikeluarkan surat amaran dan didenda RM150 setiap seorang sementara dua lagi, Khairol Najib dan Abraham Au, masing-masing dibebaskan namu diberikan amaran kerana didapati tidak bersalah. 
Beliau berkata sesi pendengaran inkuiri berkenaan berjalan selama 12 jam dengan seorang pelajar pada setiap sesi dan keputusannya juga diumumkan kepada pelajar berkenaan secara individu.

Fahmi berkata penggantungan ke atasnya berkuat kuasa serta merta d an beliau akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa disiplin universiti.

Pada 27 Oktober lepas, sekurang-kurangnya 1,000 mahasiswa dan mahasiswi telah merempuh masuk pintu pagar UM bagi menghadiri acara pidato bersama Anwar Ibrahim.

Pihak pengurusan universiti telah mengharamkan acara pidato berkenaan, serta mengunci dua pintu masuk utama serta menempatkan pasukan keselamatan untuk mengawal pintu masuk universiti.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive