05 December 2014

UMNO ni nak terus hidup dalam penipuan, susah sangatkah nak bercakap benar?, soal Guan Eng.

GEORGE TOWN - Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.
“Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?
“Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.
“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan..
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Rafizal menyatakan pihaknya menerima maklumat tersebut daripada sumber yang boleh dipercayai dari Pejabat Ketua Menteri menerusi aplikasi WhatsApp.
Sehubungan itu, Guan Eng mencabar Rafizal supaya mendedahkan siapakah sumber yang dimaksudkannya.
“Takkanlah UMNO ni nak terus hidup dalam penipuan, susah sangatkah nak bercakap benar?, soal Guan Eng.

1 comment:

Anonymous said...

dah la menipu, tk pernah bijak menipu.

tk logik betul DAP nk pakai nama chin peng.

kot2 umnu nk namakan jalan dgn nama Jalan Altantuya

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive