Richard telah disoal siasat oleh polis dan dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Mac.
Usahawan teknologi bergelar jutawan itu bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut.
Seorang jurucakap polis Metropolitan London mengesahkan penahanan Richard.
Richard yang juga bapa kepada dua orang anak sering mengeluarkan kenyataannya mengenai penahanan tersebut.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilakukan terhadap saya. Namun tidak sesuai bagi saya untuk memberikan komen lebih lanjut kerana polis masih lagi diperingkat awal siasatan mereka," katanya.
Pada November tahun lalu, Richard dilantik sebagai Canselor Universiti Teeside yang baharu dan akan memulakan tugasnya awal tahun ini.
Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Isnin, Universiti tersebut memberitahu Richard memutuskan untuk tidak mengisi jawatan tersebut.
No comments:
Post a Comment