19 January 2015

Jururawat Australia Saman AirAsia X

alt


AUSTRALIA 19 Jan - AirAsia X, penerbangan jarak jauh di bawah AirAsia Group mengesahkan saman daripada jururawat Australia Erin Crocker, 36, yang mengambil tindakan undang-undang selepas seorang pramugari terjatuh ke atasnya apabila pesawat bergoncang.

Seorang jurucakap AirAsia X berkata, saman tersebut difailkan di Mahkamah Tertinggi di Australia, namun enggan memberi butir-butir lanjut kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

"Kita boleh sahkan ada saman terhadap syarikat. Ia difailkan di Mahkamah Tertinggi Australia. Kami tidak boleh beri maklumat lanjut kerana ini sudah menjadi kes mahkamah.

"Saman itu terhadap AirAsia X, bukannya AirAsia," kata jurucakap itu.


Pasukan peguam kini sedang mengkaji kes, katanya, tetapi tiada butir-butir yang boleh didedahkan kepada umum.

Akhbar Australia Herald Sun yang melaporkan kes itu, memetik peguam Crocker, Nancy Yonan. Crocker dilaporkan mengalami beberapa keretakan dan ligamen terkoyak yang memerlukan pembedahan.

Laporan akhbar itu berkata, Crocker menolak penyelesaian daripada AirAsia yang disifatkan Yonan sebagai "hanya sebahagian kecil daripada nilai sebenar tuntutannya".

AirAsia berdepan krisis terbaru ini selepas penerbangan QZ8501 dari Surabaya ke Singapura terhempas ke dalam Laut Jawa dengan semua 162 di dalamnya maut, juga inginkan jururawat itu supaya tidak membuat apa-apa lagi tuntutan, tambah laporan itu.

Yonan pada mulanya berkata Crocker tidak mahu "menerima wang daripada mangsa pesawat terhempas" itu dengan mengambil tindakan undang-undang, tetapi akhirnya mengambil keputusan untuk "berjuang untuk haknya".

AirAsia juga bermasalah sebelum ini dengan pihak berkuasa Australia. Pada 2012, Australian Competition and Consumer Commission (ACCC), sebuah kumpulan pengguna, mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbangan itu kerana tidak mendedahkan harga penuh bagi tambang penerbangan ke Australia.

Mahkamah Persekutuan di Melbourne kemudiannya mengenakan penalti AS$200,000 terhadap syarikat penerbangan murah itu kerana melanggar akta 'single pricing' daripada Undang-undang Pengguna Australia.

"Sekiranya harga penuh tidak ditayangkan kepada pengguna, mereka akan terpaksa membuat bayaran yang mereka tidak mahu atau terpaksa membayar kerana menarik balik transaksi tersebut lebih sukar daripada membayarnya," kata hakim Richard Tracey dalam penghakimannya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive