26 January 2015

Shahidan mahu jadi ‘pendamai’ kemelut perang saraf Najib-Dr Mahathir

Shahidan mahu jadi ‘pendamai’ kemelut perang saraf Najib-Dr Mahathir
Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini menawarkan diri menjadi "pendamai" dalam menyelesaikan ketegangan politik dalaman antara Tun Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Seri Najib Razak yang semakin meruncing kini.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau bakal mengadakan pertemuan bersama bekas perdana menteri itu dalam masa terdekat dan hasil perbincangan tersebut akan dibawa kepada Najib pada Rabu ini.
"Mesti ada kalangan kita yang mampu membawa perdamaian. Saya ingat perkara tersebut tidak ada masalah.
"Saya sendiri akan jumpa Dr Mahathir pada masa terdekat dan kemudian bertemu Najib untuk meminta panduan beliau pada Rabu ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Majlis Makan Tengahari Sempena Persidangan Parlimen Mahasiswa, di Parlimen hari ini.
Perang proksi antara kem Najib dan Dr Mahathir bermula apabila media arus perdana menyerang bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin dengan tuduhan rasuah dan memberikan liputan meluas kepada Anwar yang menyatakan kesediaannya bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Anwar yang mendakwa mempunyai 'bukti' penyalahgunaan kuasa Daim berharap SPRM tidak hanya menyasarkan kepada siasatan perniagaan perbankan Daim semata-mata.
Pada 15 tahun lepas, beliau membuat laporan yang menuduh Daim mengaut berbilion ringgit melalui Bank Africa dan Eropah Timur menggunakan proksi.
Susulan kenyataan Anwar, wartawan veteran Datuk A Kadir Jasin dalam blognya mendakwa serangan terhadap Daim melalui media arus perdana yang selama ini dikawal Umno, ialah atas arahan Najib.
Beliau memberi amaran yang tindakan tersebut hanya akan menyebabkan Dr Mahathir atau Daim mendedahkan perkara lebih "menggiurkan" mengenai Najib. - TMI

1 comment:

Alias Dasuki said...


Shahidan nak jadi pendamai ke atau nak jadi SETAN BISU ? Semua orang arif akan apa yang cuba ditutupnya. Kalau GIGOLO orang sedia maklum ia perbuatan yang dilaknat ALLAH. Apakah Shahidan akan dihidangkan dengan SHURGA FIRDAUS atas jasa yang sedang diusahakannya ? Saya harap kebimbangan ini hanya andaian semata-mata !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive