08 February 2015

Isu PAS-DAP Selesai - Anwar


Diterbitkan: Ahad, 8 Februari 2015 4:51 PM

Anwar dan pemimpin tertinggi pakatan pembangkang pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat di Pejabat Agung PAS, Ahad.

KUALA LUMPUR: Perbalahan antara PAS dan DAP berhubung isu pelaksanaan hukum hudud dan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT) dianggap selesai dengan semua pihak bersetuju untuk menghormati dasar bersama pakatan pembangkang itu.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, isu cabaran debat oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng juga sudah tidak berbangkit.
“Semua dah selesai dalam mesyuarat,” kata Anwar ringkas pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang berlangsung selasa dua jam di Pejabat Agung PAS di sini, Ahad.
Bagaimanapun menurut Anwar, dua isu berkenaan yang menjadi punca percakaran antara PAS dan DAP akan dibincangkan secara terpeinci dalam mesyuarat berasingan.
“Pakatan Rakyat akan terus meraikan perbezaan pendapat antara ketiga-tiga parti.
“Sehubungan itu mesyuarat bersetuju untuk mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan dan merangka penyelesaian yang menyentuh isu enakmen jenayah syariah dan pilihan raya PBT,” katanya.
Sementara itu, Guan Eng yang turut sama dalam sidang media itu mengambil pendirian untuk ‘mengunci mulut’ ketika diajukan soalan mengenai cabaran debat oleh Mustafa.
Malah Mustafa ketika ditemui selepas sidang media itu juga enggan mengulas lanjut mengenai isu itu.
“Dah habislah, dah selesai. Semua selesai,” katanya ringkas.
Pada 28 Januari lalu, Mustafa menggelar Guan Eng bermulut celupar dan mencabar Ahli Parlimen Bagan itu untuk berdebat secara terbuka berhubung kontroversi pilihan raya PBT.
Cabaran itu timbul selepas Guan Eng dilaporkan terlebih dahulu menuduh Mustafa berbohong kerana mendakwa beliau (Mustafa) bersetuju dengan pilihan raya PBT sedangkan pemimpin PAS itu menafikannya.

2 comments:

Faqirulkhoir said...

PAS-DAP Selesai- Anwar
Bagusla....sesungguhnya ketenangan itu dari Allah, Alhamdulillah.

Unknown said...

Barua/broker UG tak nampak maka..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive