07 February 2015

Zero dari Sabah juara MLM 2014


Oleh Ridzuan Abdul Rahman 

mohamadridzuan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kumpulan Zero yang dianggotai tiga beradik, Mohd Syaiful Doli Sharif (Syaiful), Sharif Kadir (Sharif) dan Sharid Kunal (Atu) muncul juara program Maharaja Lawak Mega (MLM) 2014 menewaskan empat peserta lain pada peringkat akhir, malam ini.
Program disiarkan secara langsung menerusi Astro Warna dan Astro Mustika HD dari Stadium Putra Bukit Jalil, di sini.
Kemenangan itu membolehkan mereka membawa pulang wang tunai RM500,000 dan trofi.
Tempat kedua dimenangi kumpulan Sepahtu dan membawa pulang RM250,000.
Tempat ketiga menjadi milik Nabil, membawa pulang RM150,000, manakala tempat keempat dan kelima dimenangi kumpulan Shiro dan kumpulan Bocey.
Masing-masing menerima RM50,000 dan RM15,000.
Hadiah disampaikan pelawak veteran Datuk Jamali Shadat manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Jalaludin Hassan, Fazura, Taufik Batisah dan Farah Quinn. Format pemarkahan adalah 70 peratus daripada juri dan 30 peratus menerusi undian SMS penonton.



Tiga beradik dari Sabah, juara MLM 2014.

2 comments:

Anonymous said...

MLM 2015 paling hampeh tahun ini.Keputusan telah ditetapkan oleh juri.Ada unsur ' buyers ' dalam penjurian. Lihat saja contoh Nabil dapat tempat ke-3, sebab dalam rancangan Meletop dia menjemput juri-juri MLM sebagai artis seperti Dato Jalaludin Hassan.Berlaku unsur beli undi di situ kerana Nabil merupakan peserta MLM(Dari sudut perundangan mana boleh hakim pergi kerumah orang yang berkepentingan)Lepas tu sebelum Final MLM, dalam facebook heboh dah promote kumpulan Zero...menceritakan tentang masalah kehidupan mereka.Ada unsur tidak jujur di sini.Lihat di sini bagaimana penonton Malaysia diperbodohkan.Kebodohan penonton Malaysia diperbodohkan berulang lagi macam zaman Yus memang Raja Lawak atau zaman Hazama menang AF dulu(Hanya masuk minggu terakhir terus menang)Kalau dinegara barat , sudah pasti program ini kena saman.Tapi sebab orang Malaysia jenis tak apa maka jadilah tak apa .........hmmmmmm nasib baik aku tak tengok Final MLM 2015, padan muka astro rugi dia pasal aku boikot kah kah kah kiok.

Adjie123 said...

bukan "buyers"....maksud awak "bias" kot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive