06 February 2015

Najib tak payah ugut, saya akan tetap teruskan perjuangan – Anwar

(Oleh Fiza Abd Halim)
TANJUNG MALIM 6 FEB: Ketua Umum KEADILAN, Saudara Anwar Ibrahim bertegas, beliau akan meneruskan perjuangan bersama rakyat untuk menentang kezaliman kerajaan Umno Barisan Nasional (BN).
AnwaJusteru beliau mengingatkan kerajaan termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya berhenti mengancam beliau menerusi ugutan untuk memenjarakannya.
“Kerajaan dan Datuk Seri Najib jangan ugut saya kerana dengan segala upaya kita akan terus berjuang untuk membawa perubahan demi rakyat, terutama ketika mereka terpaksa berhadapan ekonomi yang sangat berat ketika ini,” kata Anwar.
Beliau berucap di hadapan lebih 500 hadirin pada ceramah Jelajah Hakim Rakyat Negara peringkat negeri Perak di Dataran Berop, di sini, Rabu lalu.
Anwar dalam pada itu mengulangi keyakinan beliau akan dibebaskan berdasarkan fakta dan bukti kukuh yang dikemukakan peguamnya.
Katanya lagi, perkara itu tidak mustahil jika tiada campur tangan politik dan badan kehakiman mengadili kes Fitnah II ke atasnya secara telus.
“Soalnya sekarang bukan soal undang-undang, tadi saya jumpa media antarabangsa mereka tanya harapan saya, saya yakin kalau ikut undang-undang, ikut keterangan saksi, ikut fakta saya yakin saya bebas. Lebih daripada itu saya tidak ada upaya,” ujarnya.
Pemimpin KEADILAN yang hadir sama dalam ceramah itu, Setiausaha Agung, Rafizi Ramli; Naib Presiden, Shamsul Iskandar Mohd Akin; Ketua Penerangan, Syed Ibrahim Syed Noh; Ketua Angkatan Muda, Nik Nazmi Nik Ahmad serta pimpinan Pakatan Rakyat.
tazkirahTerdahulu, Anwar menyampaikan tazkirah dan bersama-sama kariah Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Bukit Beruntung menunaikan solat hajat sebelum ke Tanjung Malim.
Mahkamah Persekutuan Selasa ini akan membuat keputusan berhubung kes Fitnah II yang disabitkan ke atas Anwar, membabitkan bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=65126

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive