06 April 2015

Identiti Mangsa Keenam Nahas Helikopter Masih Misteri


Gambar : AntaraposGambar : AntaraposKUALA LUMPUR: Misteri menyelubungi mangsa keenam nahas helikopter Sabtu lalu apabila identitinya masih belum dikenal pasti seperti yang didakwa oleh Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Seorang jurucakap hospital memberitahu pemberita bahawa tidak dipastikan bahawa mayat berkenaan merupakan Aidana Baizieva seperti yang dilaporkan media.

"Kami juga tidak pasti jantina mangsa.

"Satu perkara yang kami dapat sahkan bahawa sekumpulan pelawat dari Kedutaan Kyrgyzstan tiba di bilik mayat pagi ini," katanya.

Jurucakap itu turut mendedahkan bahawa Kedutaan Amerika Syarikat (AS) sedang mempersiapkan kertas kerja yang diperlukan sebelum menuntut mayat juruterbang, Kapten Clifford Fournier.


"Ia merupakan kes polis dan siasatan sedang berjalan maka kita tidak boleh mendedahkannya lagi," katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam, Datuk Wan Kadri Wan Mahussin yang nyaris terlibat dalam nahas helikopter Sabtu lalu apabila beliau turun di Muadzam Shah di Rompin, kira-kira kurang sejam sebelum insiden berlaku berkata, beliau tidak mengetahui siapakah wanita yang duduk di sebelah juruterbang.

"Saya tidak pernah berjumpa dengannya sebelum ini dan saya tidak bertanyakan siapa dia.

"Syarikat helikopter sepatutnya lebih tahu kerana juruterbang akan memaklumkan mengenai setiap pergerakan kepada menara kawalan atau syarikat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Samah Mat Polis berkata pihaknya masih menyiasat identiti pembantu juruterbang, Aidana Baizieva.

Menurut Abdul Samah, seorang wanita tampil menuntut mayat mangsa di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pagi tadi dan polis mengenal pasti wanita tersebut adalah adik beradik tirinya.

Menurutnya, siasatan mendapati wanita tersebut adalah kakak tiri mangsa dan sukar mengenal pasti identiti pembantu juruterbang yang dipercayai berasal dari Kyrgyzstan.

“Adik beradik tiri ini tidak cukup kuat untuk mengambil spesimen bagi ujian DNA dan perlukan waris yang lebih rapat.

“Kami sedang usaha dan laporan daripada pihak hospital,” katanya.

Saudara tiri Baizieva tiba di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur bagi membantu siasatan.

Dia tiba bersama seorang pegawai Kedutaan Kyrgyzstan di bilik mayat HKL kira-kira pukul 10.45 pagi.

Seorang jurucakap Kedutaan Kyrgyzstan mengesahkan Baizieva merupakan warga Kyrgyzstan dan pernah bekerja di Malaysia.

"Rekod menunjukkan dia (Baizieva) berada di Malaysia hampir setahun," katanya yang enggan mengulas lanjut.

Baizieva dikatakan terbunuh dalam nahas helikopter di Semenyih pada Sabtu lalu yang turut mengorbankan Tan Sri Dr Jamaluddin Jarjis.

Terdahulu, wanita itu dilaporkan sebagai pembantu juruterbang helikopter dan kemudiannnya disahkan sebagai kakitangan syarikat penerbangan swasta, Cempaka Aviation.

 - Antarapos

1 comment:

Anonymous said...

Kes Negeri goheqGoSTAN star sudah bermula. STAN lagi. yang mati MELETUP kat Malaysia semua dari Negara STAN STAN. Silap Haribulan Negara2 Stan Stan ni jadi Anti Malaysia Plak...!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive