05 April 2015

MAHATHIR PENGHALANG UTAMA HUDUD – PAS

www.freemalaysiatoday.com_wp-content_uploads_2012_10_mahathir-hudud
(Suara TV) – PAS menyifatkan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai penghalang utama terhadap kerajaan Kelantan dalam melaksanakan hukum hudud dengan pelbagai tekanan diberikannya kepada negeri pantai timur itu, kata Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Teknikal Kanun Jenayah Syariah II Datuk Dr Mohamed Fadzli Hassan.
“Kami menerima amaran daripada Dr Mahathir jika melaksanakan hudud pada waktu itu, beliau akan mengambil tindakan.
“Masa itu, kita cukup berhati-hati dengan beliau,” katanya seperti dilaporkan Berita Minggu hari ini.
Fadzli berkata, bekas menteri besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga mengambil pendekatan berhati-hati dan tidak mewartakan enakmen itu walaupun ia diluluskan Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Beliau tidak boleh menerima kehilangan kerajaan Kelantan kepada PAS. Oleh itu, segala tekanan diberikan terhadap kerajaan PAS Kelantan.
“Oleh sebab itu, kita menjaganya dengan teliti,” katanya pada satu sesi Taklimat Kanun Jenayah Syariah II di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.
Sementara itu, Amar tidak menafikan PAS sememangnya memerlukan sokongan Umno dalam memastikan enakmen itu dapat dilaksanakan di Kelantan.
“Perkara sebegini tidak salah kerana Umno pegang kunci di peringkat Persekutuan. Mahu tidak mahu, kita kena bincang dengan mereka dan tidak timbul soal kerajaan perpaduan,” katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.
Menurut Amar, Nik Aziz sebelum ini turut merestui kerjasama Kelantan dan Putrajaya bagi memastikan hudud dapat dilaksanakan di negeri itu. -  Malaysia Today

2 comments:

asri adnan said...

Mencari alasan saja puak2 ni, Tun letak jawatan 2004, lepas tu kenapa tak laksanakan hudud?

Anonymous said...

Kmen dari ulamak plastik. guna islam utk kocek sendiri.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive