02 April 2015

TMB K'tan: PAS mampu berjuang bersendirian


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata PAS mampu berjuang bersendirian walaupun disingkirkan daripada pakatan pembangkang.

Mohd Amar yang juga ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata PAS pernah melalui zaman sukar selepas keluar daripada BN, namun mampu bangkit dan menawan Kelantan dalam pilihan raya umum ke-8 pada 1990.

"Jadi kalau kawan-kawan kita (DAP dan PKR) berkeras untuk berpecah, maka kita tak ada pilihanlah.



"Kita sudah ada pengalaman berbanding orang lain dan kita pernah menang Kelantan ini bersendirian, kita sudah ada rekod itu, bukan kita nak berbangga," katanya kepada  pemberita selepas menghadiri mesyuarat Exco di Kota Darul Naim di Kota Bharu semalam.

Beliau mengulas krisis pakatan pembangkang kini berikutan penentangan DAP dan PKR terhadap rang undang-undang persendirian berkaitan hudud.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebelum ini mengumumkan keputusan parti itu untuk memutuskan hubungan dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berikutan tindakannya yang bertegas mahu melaksanakan hudud di Kelantan.

Ini disusuli tindakan drastik DAP Sarawak yang mengumumkan keluar daripada pakatan pembangkang di negeri itu minggu lepas atas alasan sama, manakala PKR dan DAP Sabah turut mengumumkan keputusan sama, kelmarin.

Mohd Amar berkata DAP dan PKR perlu belajar bertolak ansur serta menghormati dasar parti rakan dalam pakatan itu.

"Sebagaimana PAS bertolak ansur dalam isu PBT (pilihan raya pihak berkuasa tempatan di Pulau Pinang), maka kita harap DAP pun bertolak ansurlah.

"Menyerang presiden PAS ini sikap tidak bijaksana dalam hubungan, kita tak serang peribadi dan tidak serang pimpinan DAP," katanya.

- Bernama 

5 comments:

Anonymous said...

Suka hati kauorang lah, PAS...

Dalam Pakatan kauorang tak cerdik mana pun.. Kalau sorang2, lagi lah nampak tak cerdik langsung...

PAS for Ulamak only..

Anonymous said...

Tak payah cakap byklah ulamak plastik nie. Dunia dia nie dunia kebendaan. sbb tu sanggup bersekongkol dhgn Umno sbb dah dijanjikan jawatan menteri. Rakyat susah apa dia peduli. janji duit masuk poket. Pee mampos lah ulamak palsu nie.

Ridd said...

Bunyi sama macam GST daaaa...!cuma beza nada saja. cakap lah apa pak sheikh nak ckp. Sampai waktu tau lah apa yg kami ingin pangkah.

Dari bising pasal parti, baik beri penjelasan pada Rakyat tentang haram dan halal nya GST tu. Rakyat nak tau tu je. masalah parti tu, sampai mati pun tak habis.

Anonymous said...

Boleh tak sesiapa bantu supaya budak ini tutup mulut

mansor said...

xberapa cerdik Nik Amar nih dale politik...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive