Kenyataan Terbuka
16 Januari 2013
SEGMENTASI MAHASISWA SAMM AKAN ANJUR FORUM TAMPILKAN PRESIDEN SW1M & BAWANI SEBAGAI PANELIS
Satu rakaman video petikan dari forum “Seiringkah Mahasiswa dan Politik”yang telah berlangsung di UUM baru – baru ini telah tersebar dan begitu menarik perhatian. Seorang mahasiswi saudari Bawani telah bangkit bertanyakan soalan dan kelihatan seseorang yang dikenali sebagai puan Sharifah Zohra Jabeen yang bertindak selaku moderator telah turun sehingga menarik mikrofon dari Bawani. Tindakan ini dilihat kurang matang malah beliau yang juga Presiden Suara Wanita 1 Malaysia telah bertindak memalukan Bawani hanya kerana mahasiswi itu menyatakan soalan yang jelas bercanggah dengan beliau.