Showing posts with label Faizal Ismail. Show all posts
Showing posts with label Faizal Ismail. Show all posts

16 November 2013

Konti radio Hot FM ‘banjir’ besar



 SELEPAS lebih lapan tahun,  penyampai radio Hot FM Mohd. Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI mengucapkan selamat tinggal kepada dunia penyiaran radio selepas beliau menamatkan perkhidmatan di stesen radio No.1 negara, Hot FM pada Jumaat.

Konti radio Hot FM ‘banjir’ selepas penyampai-penyampai stesen itu datang seawal jam 9 pagi untuk mengucapkan selamat tinggal kepada penyampai radio terkenal itu.

Penyampai radio berusia 37 tahun itu meletak jawatan secara mengejut dari stesen radio itu pada 24 Oktober.
Beliau membuat pengakuan mengenai peletakan jawatan itu menerusi akaun Twitternya.

Twitternya berbunyi: “Saya Faizal Ismail meletakkan jawatan sebagai penyampai Hot FM dengan notis berkuat kuasa hari ini pada 24 Oktober 2013.”



Pada Jumaat, Faizal mendapat penghormatan terakhir dari teman-teman sepejabat apabila kebanyakkan dari penyampai stesen itu ‘turun padang’ menghabiskan masa bersama-sama dengannya di konti.

Selain dari teman rapat dan Hot FM AM Krew, Fara Fauzana dan AG, teman-teman lain yang turut serta termasuk Suraya, Ikhwan, Jay, Chad, dan Sharifah Aleya.

Membuka cerita pengalaman bekerja dengan Faizal, ada antara mereka tidak dapat menahan emosi dan mengalirkan air mata akibat tidak tertahan menanggung hiba merasakan kehilangan teman sekerja mereka.

“Bukan senang untuk memastikan keserasian kami menjadi sebati sehinggakan ke mana-mana saya pergi baying-bayang Faizal sentiasa ada.  But don’t worry, I will not miss him that much kerana saya percaya yang Faizal akan sering akan berada bersama-sama dengan saya dan rakan-rakan yang lain,” kata Fara atau lebih dikenali sebagai Fafau yang juga merupakan teman rapat Faizal.

Buat kali terakhir bersiaran, Faizal yang kelihatan berpakaian kemas dengan sut hitam dan tali leher, sempat merakamkan jutaan terima kasih dan penghargaannya kepada stesen radio, rakan sekerja dan pendengar setia Hot FM.

Pendengar Hot FM yang kebanyakkannya tidak pernah terlepas mendengarkan celoteh dan jenaka Faizal yang ke udara setiap hari Isnin hingga Jumaat dari jam 6 pagi hingga 10 pagi. Selain bersifat komited terhadap kariernya, Faizal yang pernah menyandang Anugerah Penyampai Radio Lelaki Popular selama enam tahun berturut-turut disenangi kerana kepetahan dan kenakalannya ketika bersiaran.

Ramai peminat tertanya-tanya ke mana halatuju selebriti terkenal itu selepas ‘persaraannya’. Namun, Faizal tidak pernah mendedahkan perancangannya selepas meninggalkan stesen itu.

Ketika dihubungi, Faizal berkata yang lapan tahun berkhidmat dengan stesen radio itu bukan satu jangka masa yang singkat untuk bertapak.

“Setiap hari selama lapan tahun saya, Fara dan AG tidak boleh dipisahkan – kami ibarat rakan serumah Kerja kami ialah ‘bersembang’ dan subjek yang kami bualkan itu kami kongsi bersama-sama dengan pendengar. Ini bukan mudah untuk saya tinggalkan tapi apakan daya kerana saya sudah membuat banyak perancangan untuk masa depan,” kata Faizal.

“Sebenarnya, saya mempunyai perancangan untuk menjalankan perniagaan dengan syarikat saya sendiri iaitu, ‘FBI Entertainment Sdn Bhd’ yang kini sudah berusia dua bulan,” ujarnya lagi.

“Buat pengetahuan umum, saya ini seorang yang all-rounder. Bukan saja radio malah pengacaraan TV pun saya aktif. Jadi, saya rasa lebih baik bagi saya untuk mengmbil langkah untuk keluar dari ‘comfort zone’ untuk  menimba pengalaman baru,” katanya.

Beroperasi di Kota Damansara, Selangor ‘FBI Entertainment Sdn Bhd adalah sebuah syarikat pengurusan majlis dan produksi TV yang akan dikendalikannya sendiri.

Ketika ditanya bagaimana perasaannya berada di konti buat kali terakhir, Faizal berkata, ‘saya bukannya seorang yang senang menangis. Namun, saya tidak dapat menahan sebak kerana terlalu banyak memori manis ketika berkhidmat di Hot FM,” kata Faizal.

Faizal bakal mengembangkan karier televisyennya selepas ini.

Peminat-peminat Faizal bakal menyaksikannya dalam program Apa Saja FBI yang bakal ditayangkan di TV9 dan Anugerah Skrin. Selain dari itu Faizal telah ditawarkan untuk mengacara beberapa rancangan hiburan pada tahun depan.

15 November 2013

FBI tinggal Hot FM kerana nak buka kedai motorsikal

Faizal Ismail Tepis Tinggalkan Hot FM Kerana Krisis Dalaman
Faizal Ismail nafi ada konflik dalaman dengan pengurusan.
PETALING JAYA: Penyampai radio Hot FM iaitu Faizal Ismail tuduhan peletakan jawatannya yang diumumkan secara mengejut sebelum ini disebabkan menghadapi krisis dengan pihak pengurusan stesen radio berkenaan.
Faizal atau nama sebenar Mohd Faizal Ismail, 37, berkata, peletakan jawatan itu merupakan satu keputusan untuk dia menumpukan perhatian terhadap perniagaan yang diceburinya.
"Saya berhenti bukan kerana ada masalah dalaman dengan pihak pengurusan tapi saya memang nekad untuk berhenti daripada tugasan rutin sebagai penyampai radio.
"Mungkin kerana sebelum ini saya tidak pernah berbincang dengan sesiapa mengenai hal ini sehingga menimbulkan pelbagai spekulasi," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, Khamis.
Faizal berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gosip di sebuah akhbar tempatan yang mendakwa peletakan jawatannya berikutan krisis dalaman dengan pihak pengurusan stesen tersebut.
Tambah Faizal, dia ingin menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap syarikat produksi FBI Entertainment yang baru ditubuhkannya sejak dua bulan lalu.
Dalam pada itu, dia juga sedang dalam proses untuk membuka sebuah kedai motosikal hasil usaha sama dengan sebuah syarikat permotoran.
"Saya mahu cuba bidang lain terutamanya dalam penerbitan program-program untuk televisyen dan penganjuran majlis.
"Selain itu juga, buat masa ini saya dalam proses membuka kedai motosikal perbagai jenis yang mana saya melihat potensi terhadap bidang itu sangat bagus," katanya.
Sementara itu, Faizal yang hampir lapan tahun menjadi penyampai di Hot FM bakal mengakhiri tugasan mengendalikan rancangan AM Krew bersama Farah Fauzana dan AG pada Jumaat (hari ini).
Bagaimanapun, dia masih mengendalikan rancangan hujung minggu iaitu pada Sabtu dan Ahad secara sambilan.
"Saya takut kalau saya merindui kerja ini, jadi saya terima tawaran Hot FM yang memberikan saya untuk mengendalikan segmen pada hujung minggu sahaja," katanya.
Ditanya apa yang benar-benar membuatkannya mahu keluar daripada bidang tersebut, Faizal berkata, dia tidak mahu berada di tahap yang sama dalam tempoh yang panjang.
"Saya rasa sudah sampai masa untuk saya berhenti dan cuba perkara baharu. Saya tidak mahu menjadi penyampai radio untuk selama-lamanya.
"Ini semua bukan kerana duit dan pendapatan tetapi kepuasan terhadap pencapaian diri saya sendiri," katanya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive