Seorang peserta demonstrasi bantahan pembunuhan etnik Rohingya beragama Islam di Myanmar yang diadakan di depan Kedutaan Myanmar di Kuala Lumpur pada 14 Februari. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 20 Februari, 2014.Pembunuhan kejam pejuang demokrasi kelahiran Myanmar di Ampang melahirkan kebimbangan rakyat Myanmar di Malaysia jika ketegangan agama di tanah air mereka merebak ke dalam komuniti mereka yang sangat kecil di sini, kata satu laporan hari ini.
Polis berkata, Ko Aung Gyi, penganut agama Buddha dan ahli Persatuan Jenerasi 88 dan Jenerasi Baru - kumpulan yang menonjol dalam memperjuangkan demokrasi di Myanmar ditemui mati pada 4 Februari lalu.