Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts
Showing posts with label Suara Keadilan. Show all posts

31 January 2015

Suara Keadilan nafi pemilik akaun palsu FB ‘Suara Keadilan’


SHAH ALAM, 31 JAN: Suara Keadilan (SK) menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)
Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun itu.
10965576_10152944745616117_627258679_nKatanya , akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu itu apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.
Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.
“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com.
EZY

26 February 2014

PKR Siasat Laporan Azmin Saman Suara Keadilan

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedang menyiasat desas-desus yang mendakwa Timbalan Presidennya, Mohamed Azmin Ali menyaman lidah rasmi parti itu sendiri - Suara Keadilan kerana menyiarkan laporan berunsur fitnah.
Sehubungan itu PKR menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai Ketua Penerangannya, Dr Muhammad Nur Manuty bagi mendapatkan fakta lengkap mengenai perkara itu.
Bagaimanapun hingga kini Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail masih belum dapat mengesahkan kesahihan maklumat berkenaan.
"Perkara itu dibangkit dalam mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) yang diadakan di Kajang baru-baru ini mengenai tulisan saudara Hishamuddin Rais di dalam Suara Keadilan yang dikaitkan menyentuh atau bernada serangan terhadap beberapa pemimpin.
"Keputusan MPP ialah menubuhkan sebuah jawatankuasa yang terdiri daripada lima orang untuk kemudiannya berjumpa dengan kumpulan Suara Keadilan bagi mengumpulkan maklumat, latar belakang dan mendengar pandangan mereka," katanya di sini, Rabu.
Jelas Saiduddin, PKR hanya akan bertindak selepas mendapatkan fakta lengkap terhadap siasatan yang sedang dijalankan itu.
"Kalau nanti mereka menemui maklumat seperti surat guaman dan sebagainya ke atas Suara Keadilan, jawatan kuasa itu akan bawa saranan kepada pimpinan pusat.Buat masa ini belum terima.
"Saya dengar begitu (saman Suara Keadilan)...hanya diberitahu melalui SMS. Tapi belum tengok sendiri lagi surat peguam itu," katanya.

16 August 2011

BERSIH 2.0 : SKMM panggil jurufoto Suara Keadilan

KUALA LUMPUR, 16 Ogos – Seorang jurugambar Suara Keadilan milik Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipanggil memberi keterangan di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung gambar yang dirakamkan semasa perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, jurugambar itu Yusriah Yusof, 50, mengesahkan perkara itu dan akan hadir memberi keterangan kepada SKMM pada Jumaat ini.

Dalam arahan kehadiran yang difakskan kepada Yusriah, dia diminta hadir bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 255 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Ya... saya telah diminta hadir untuk memberikan keterangan mengenai gambar pada Himpunan Bersih 2.0 tapi saya tidak diberitahu gambar yang mana satu.

03 May 2011

‘Najib Porno’ muka depan akhbar Suara Keadilan

KUALA LUMPUR: Keluaran Suara Keadilan, edisi 14 tampil dengan paparan yang lebih panas dan menarik pada isu kali ini.

Muka depan akhbar Parti Rasmi Keadilan Rakyat (KEADILAN) itu, memaparkan tajuk ‘Najib Porno’, memetik kenyataan Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengamalkan budaya lucah dalam politik Malaysia untuk kekal berkuasa.

15 October 2010

Tak ada apa-apa jawatan pun ... tapi Rosmah berlagak macam Menteri

by Fazli Othman

SHAH ALAM 15 Okt - Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin berkata cadangan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menubuhkan pusat bersepadu bagi membantu golongan remaja perempuan yang melahirkan bayi tanpa berkahwin dilihat mahu mengambil alih tanggungjawab serta memperlekehkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dam Masyarakat, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil.

"Saya hendak cakap pun tak faham, apakah sebenarnya peranan Rosmah. Beliau menteri atau isteri Perdana Menteri ke, apa jawatan raami beliau yang sebenarnya?

"Cadangan beliau menunjukkan beliau ingin campur tangan dalam kementerian dan urusan kerajaan, dia tidak ada apa-apa latarbelakang maklumat mengenai masalah tersebut tiba-tiba nak bagi idea yang sebegini. Ini adalah satu perkara yang 'adhoc'.

"Sebarang cadangan sekali pun, Rosmah perlu berbincang dengan pihak kementerian yang berkenaan dan bukannya berlagak seperti mahu ambil alih tugas menteri dan campur tangan dalam pentadbiran negara," jelas Zuraida kepada Suara Keadilan.

Zuraida berkata Rosmah seolah-olah mencerminkan kepada rakyat bahawa Shahrizat dalam menjalankan tugasnya sebagai anggota Kabinet.

"Kalau macam ini baik tutup sahaja kementerian Shahrizat dan letak sahaja tanggungjawab ini di bawah Rosmah," tambah beliau lagi.

Semasa di Belgium mengiringi Datuk Seri Najib Razak, yang mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) Kelapan di Brussels, Rosmah telah melawat "Centre of Integrated Family Welfare" (CIG) untuk mendapatkan input bagi menangani masalah pembuangan bayi .

Pusat tersebut ditubuhkan oleh kerajaan Belgium dengan bertujuan mendekatkan lagi perhubungan ibu dengan anak di mana remaja yang tidak berkahwin akan diberikan latihan bagi menjalankan kehidupan seperti biasa.

Lawatan Rosmah ke CIG telah mendapat kritikan Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad yang menyifatkan seolah-olah kerajaan hilang punca dan kontang idea untuk mengatasi gejala tersebut.

Idris berkata tindakan Rosmah itu ibarat memohon sedekah dan ehsan daripada orang lain, sedangkan Islam mempunyai penyelesaiannya yang jitu terhadap masalah ini - [Suara Keadilan]

16 August 2010

Banyak tu ... RM 200 juta : Felda saman Suara Keadilan

Felda fail saman RM200 juta
2010/08/16

KUALA LUMPUR: Felda dan anak syarikatnya, Felda Global Ventures Holdings sebentar tadi memfailkan saman malu RM200 juta terhadap enam defendan berikutan penyiaran artikel "Felda Muflis" dalam akhbar Suara Keadilan.

Saman itu difailkan di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di sini jam 3.11 petang tadi yang menamakan antara defendan berkenaan ialah Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Hussin Ali, pencetak dan penerbit Suara Keadilan.

Saman itu difailkan peguam, Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Felda - BH

14 August 2010

FELDA tak boleh saman Suara Keadilan : Peguam


Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak boleh menyaman fitnah ke atas akhbar Suara Keadilan kerana agensi itu ditubuhkan dengan menggunakan dana rakyat.

"Soal yang timbul di sini adakah secara undang-undang, moral dan etika, Felda boleh membawa apa-apa tindakan undang-undang kepada rakyat yang mengeluarkan kritikan ke atas Felda.


"Felda adalah badan berkanun yang ditubuhkan dengan menggunakan wang rakyat. Felda ditubuhkan untuk memberi bantuan dan faedah kepada rakyat. Undang-undang adalah jelas, Felda tidak boleh saman fitnah (kepada Suara Keadilan).

"Prinsip undang-undang adalah jelas, apa-apa badan yang yang ditubuhkan dengan wang rakyat dan untuk kebaikan rakyat, tidak boleh mengeluarkan saman fitnah setiap kali dikritik oleh rakyat," katanya peguam yang dilantik oleh akhbar berkenaan, N Surendran.

Menurutnya, berdasarkan undang-undang lazim atau 'commom law' itu, yang diamalkan kerajaan negeri, kerajaan persekutuan, kerajaan tempatan atau badan berkanun tidak boleh membuat saman fitnah ke atas rakyat.

Sehubungan itu, Surendren menasihatkan Felda agar mencari penasihat undang-undang yang bijak, membuat kajian serta tidak mengeluarkan kenyataan yang tidak mempunyai asas undang-undang ... seterusnya

25 March 2009

Penggantungan Harakah, tembakan pemedih mata – Ahmad Lutfi Othman

MAC 25 – Isnin, Mac 23, hari bergelora. Meskipun tiada hujan, namun langit kelabu. Sejak Harakah dilancarkan 22 tahun lalu, tiada detik sukar seperti petang itu.

Tepat jam 4.55 petang, faks dari Bahagian Kawalan Penerbitan, Kementerian Dalam Negeri, memancung keheningan pejabat. Saya agak keletihan, baru pulang dari Putrajaya. Fikrah Harakah edisi Isnin menunggu untuk diisi. Bahan belum mencukupi.

Sebaik keluar lif di tingkat dua, rakan wartawan Nyza Ayob menyapa: “Dah tengok surat KDN?’ Tanpa menjangka sesuatu yang buruk bakal berlaku, saya hanya menggeleng. Entah kenapa, tiba-tiba sahaja debar jantung berdegup kencang.

“Harakah kena gantung tiga bulan!” Maklum Nyza, masih tersenyum. Bagi saya, ia bagai petir menyambar. Surat ringkas dua perenggan hanya memaklumkan KDN menggantung permit lidah rasmi PAS yang kini sudah dianggap akhbar alternatif no. 1 itu, selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta.

Terdetik di hati, “masakan secepat itu, bukankah baru kelmarin Pengarah Urusan, Dato’ Kamarudin Jaffar menelefon pegawai KDN menjelaskan isu surat tunjuk sebab dari KDN?”

Segera saya memanggil pembantu, Atriza Umar, mencarikan surat bertarikh 26 Feb lalu, yang ditandatangani Che Din Yusoh. Saya mahu dapatkan nombor telefon bimbitnya – sambil menahan sabar – untuk mendapatkan penjelasan. Ya, mengapa KDN harus tergesa-gesa sekali? Dunia belum kiamat. Umno belum terlungkup.

Bukankah selama ini KDN banyak melakukan kesilapan dalam membuat keputusan, sehingga terpaksa menarik balik, atau dalam beberapa kes tahanan ISA, antaranya membabitkan seorang wartawan wanita sebuah akhbar Cina, harus membebaskan segera selepas memberikan alasan penahanan yang tidak masuk akal.

Memang KDN tidak belajar dari kesalahan walaupun menterinya bertukar, perdana menteri bergilir.

Perbualan saya dengan Che Din tidak wajar dirakamkan di sini. Nokhtah.

Saya mula berkhidmat di Harakah seawal seminggu sebelum Harakah sulung diterbitkan, April 1987. Walaupun keluar-masuk Harakah lima enam kali, rasa saya tidak pernah sekalipun Harakah gagal diterbitkan atas halangan KDN, waimma satu keluaran.

Apa yang tidak disebut tentang “kediktatoran” Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi perdana menteri dan menteri dalam negeri? Namun beliau hanya mencantas kekerapan Harakah, daripada dua kali seminggu kepada dua kali sebulan.

Dalam era reformasi yang memuncak itu, ketika edaran Harakah meningkat daripada 60,000 naskhah sehingga mencecah 400,000 naskhah, dan Mahathir cemas menghadapi pilihan paling getir baginya, 1999, tetapi Harakah tidak pernah diganggu seteruk ini.

Memang jualannya dihadkan kepada ahli PAS di premis parti sahaja dan kandungannya ditekankan agar mematuhi skop dan konsep yang diluluskan, iaitu hanya memuatkan berita dan rencana yang berkaitan PAS sahaja, tetapi arahan gantung, apatah lagi selama 3 tahun – satu tempoh yang relatif panjang – tidak pernah dikuat-kuasakan.

Abdullah Ahmad Badawi pula, selepas kalah lebih teruk pada 8 Mac 2008, yakin lebih buruk berbanding prestasi Mahathir pada Nov 1999, namun beliau tetap menerima permohonan PAS untuk mengembalikan kekerapan Harakah kepada dua kali seminggu. Ada tanda jiwa besar di situ.

Lalu, bahana siapakah yang mencetuskan onar sedahsyat ini? Menterinya masih Syed Hamid Albar, Abdullah tetap PM, tapi siapakah yang mahu percaya dengan dakwaaan bahawa tindakan zalim ini bukan didorong oleh kepentingan politik yang cukup sarat? Zaman sudah berubah. Dunia semakin telus. Media baru membentuk realiti.

Tanpa perlu berpakat, semua mata tertumpu kepada Najib Razak. Tuduhan ditujukan kepadanya.

Beberapa hari lepas saya menelefon Zunar, ketua pengarang Suara Keadilan, memberitahu Harakah kena surat tunjuk sebab, atas alasan teknikal yang lazim digunakan.

Zunar menyanggah tanggapan bahawa Najib akan secepat itu “main kasar” dengan akhbar alternatif. Saya boleh bersetuju dengan Zunar. Kami langsung tidak terlintas Najib akan melakukan perbuatan sehodoh ini.

Malamnya, selepas makan di Restoran Haslam, saya mendapat SMS daripada Azizi Hj Abdullah: “Belum apa-apa gas dan water canon dah disembur di Padang Awam Cinta Sayang, Sungai Petani malam ini. Dajai. Habis cempera.”

Saya terus hubungi wartawan Kedah, Izwan Abdul Halim. Dari jauh, suara Izwan serak, macam menanggung pedih disembur gas pemedih. Segera saya putuskan talian. Darah menyirap lagi. Nampak jelas penggantungan Harakah, Suara Keadilan memang dirancang untuk menghadapi situasi sulit BN terutama pilihan raya kecil dan perhimpunan Umno yang penuh rasuah itu.

Mujur ada berita menyejukkan hati. Ir Mohamad Nizar Jamaluddin dipilih calon PAS Bukit Gantang. Peluang Nizar terbuka, tapi tidak boleh diremehkan potensi menang BN. Ini pilihan raya paling kritikal buat Umno.

Banyak peluru yang disimpannya. Kekalahan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu bukan indikator segalanya cerah di sini.

Memang Nizar aset terbaik bagi menguji penerimaan rakyat Perak atas kemelut yang berkecamuk di negeri itu.

Sama-samalah kita bergelut dalam pesta demokrasi yang serba pincang ini, ya ... walaupun mungkin tanpa Harakah, berdepan tembakan gas pemedih mata, dan “kesamsengan” jentera BN di bawah pengarah barunya ini, sambil mengharapkan ada kewarasan bagi membetulkan keadaan. – Harakahdaily

23 March 2009

Permit Suara Keadilan Digantung - malaysiakini

TERKINI: Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini membuat keputusan untuk menggantung permit akhbar rasmi Parti Keadilan Rakyat, Suara Keadilan.

Dalam satu surat yang diterima kami hari ini, kementerian berkenaan mengantung permit akhbar ini selama tiga bulan.

Walaubagaimanapun, didalam surat yang dikeluarkan oleh Che Din Yusoh itu tidak memberi sebarang alasan untuk mengantungkan permit akhbar ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive