31 January 2015

Suara Keadilan nafi pemilik akaun palsu FB ‘Suara Keadilan’


SHAH ALAM, 31 JAN: Suara Keadilan (SK) menafikan mereka pemilik kepada akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Suara Keadilan’.(www.facebook.com/suara.keadilan)
Ketua Pengarangnya, Mohd Najib Hashim berkata, kewujudan akaun itu tidak pernah diketahui pihaknya dan SK langsung tidak mempunyai sebarang kaitan dengan pemilik akaun itu.
10965576_10152944745616117_627258679_nKatanya , akaun rasmi facebook SK ialah www.facebook.com/KeadilanDaily, sebagai medium penyampaian berita selain portal dalam talian iaitu KeadilanDaily.com namun semua akaun tersebut dikendalikan sendiri stafnya tanpa melibatkan campur tangan pihak luar.
Tambahnya lagi, pihaknya menyedari berkenaan kewujudan akaun palsu itu apabila beberapa posting yang dimuat naik telah tersebar luas dan melaporkan berita yang berbaur fitnah.
Namun katanya, beliau tidak jelas apakah motif pemilik akaun tersebut menggunakan nama Suara Keadilan namun beberapa maklumat kurang tepat yang dimuat naik pastinya akan menjejaskan nama dan kredibiliti SK serta parti KEADILAN sendiri.
“Kita harap pihak yang terlibat berhenti daripada menggunakan nama Suara Keadilan,” katanya dipetik Keadilan Daily.
Justeru, bagi mengelak kekeliruan orang ramai boleh melayari akaun rasmi laman sosial facebook (Keadilan Daily) dan Twitter rasmi Suara Keadilan (@Keadilan_Daily) selain portal atas talian Keadilan Daily.com.
EZY

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Blog Archive